BERSAMA BN MASA DEPAN TERJAMIN, BERSAMA DAP DAN PKR MASA DEPAN GELAP GELITA




 
Masyarakat Cina harus mempunyai wakil rakyat yang baik dalam kerajaan negeri untuk bersama masyarakat lain di negeri ini membangunkan Sarawak. Sekiranya mereka masih juga bersama Pakatan Pembangkang, mereka bukan sahaja menggadaikan masa depan mereka dan anak-anak bahkan juga kepentingan mereka sukar untuk dipelihara.

Pakatan Pembangkang yang selama ini hanya sebagai pendesak dan lebih banyak bercakap berbanding membuat kerja. Sekiranya ada satu-satu masalah, pastinya SUPP menjadi sasaran mereka. Kononnya, SUPP sebagai parti yang mewakili kaum Cina tidak membela masyarakat Cina.

Untuk itu, rakyat terutama masyarakat Cina di Sarawak perlu sedar yang mereka tidak perlu bergantung kepada orang luar untuk mengemukakan masalah mereka sebaliknya perlu memilih wakil rakyat bagi mewakili mereka dalam kerajaan. 

Untuk itu, kerajaan akan menyemak semula dasar kebajikan negeri supaya ia dapat membantu merapatkan lagi jurang antara kaum dan penduduk di bandar dan luar bandar. Dasar kebajikan itu perlu diteliti dari semasa ke semasa supaya tiada kaum ketinggalan dan ia akan dimulakan pada 2012 sejajar dengan program Perdana Menteri mentransformasikan rakyat berpendapatan tinggi.

Menjadi harapan kerajaan agar dasar yang akan dilaksanakan itu dapat menangani masalah kemiskinan di bandar dan menggerakkan rakyat daripada berpendapatan sederhana kepada berpendapatan tinggi.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger