Tuesday, April 5, 2011



Penayangan video seks Anwar Ibrahim bersama pelacur Cina telah menggemparkan seluruh rakyat Malaysia, tatkala sebelum ini beliau membuat kenyataan akhbar bahawa klip video itu palsu.

Datuk T yang sebelum ini terlibat dalam pembongkaran video seks Anwar Ibrahim itu dilihat menjadi dalam daging kepada Anwar Ibrahim. Klip video yang dipercayai diambil di sebuah bilik hotel itu dalam bentuk hitam putih telah tersebar luas bagi membuktikan kepada umum bahawa dakwaan pemimpin Pakatan Pembangkang adalah palsu.

Karpal Singh sebelum ini telah meminta Datuk T untuk menayangkan video itu di dalam Parlimen bagi memberikan ahli-ahli dewan mengesahkan kesahihan video itu dan mengecam pelaku hero dan heroin. Bagaimanapun, ahli-ahli pemimpin BN tidak bersetuju kerana tindakan ini membolehkan keluarga Anwar Ibrahim meraih simpati ke atas perlakuan tersebut.

Kenyataan Ketua Polis Negara yang mengumumkan bahawa video seks Anwar Ibrahim adalah sah asli atau original. Ini turut diakui pengarah filem KRU Studio, Yusry bahawa video itu sah dan betul tanpa sebarang pindaan mahupun pemalsuan.

Ketika ini Anwar Ibrahim sedang sibuk di Sarawak bagi mengenal pasti dan mengumumkan calon bagi menghadapi Pilihan Raya DUN Sarawak.. Setelah beberapa hari di Kuching, kini beliau datang pula ke Sibu bagi mengumumkan calon-calon PKR.  

Atas tindakan beberapa bloggers seperti Novandri, Pisaunet dan Papagomo, akhirnya video seks terpaksa diuploadkan di alam maya bagi menghentikan segala tohmahan yang dilakukan PKR. Dan, adalah tidak mustahil Wan Azizah isteri Anwar Ibrahim juga sudah melihat perlakuan sumbang suaminya.


Untuk itu, Wan Azizah dan Nurul Izzah pasti tergamam melihat perlakuan suami dan bapanya yang sebelum ini dinafikan sepenuhnya, namun tidak pula mahu bersumpah laknat. Bagi mempastikan keadaan tidak semakin kusut, Wan Azizah dan Nurul Izzah akan mengadakan kenyataan akhbar dirumahnya pada jam 5.00 petang ini.

Sama-sama kita nantikan apakah yang akan dijelaskan Wan Azizah dan Nurul Izzah terhadap video seks Anwar Ibrahim. 
Categories:

3 comments:

  1. Info yg Teman terima, VCD full version akan disebarkan di Sarawak lepas hari penamaan calon. Tunggu depan peti surat anda!!!

    ReplyDelete
  2. Wan Azizah nak kata apa?
    Dulu tak mahu dengar cakap bapanya. Jadi sekarang menyesal tak sudahlah sampai ke akhir hayat......
    Melayu mudah lupa ..........

    ReplyDelete
  3. chot jln kilang ubiApril 11, 2011 at 4:37 AM

    betul tuan mohd. inilah balasan pada kita yg membelakangi nasihat ayah dan ibu. hidup sudah tiada arti, muka terpaksa tebal suami punya sial 7 keturunan menderita.

    ReplyDelete

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!