ZURAIDA KETUAI PKR SARAWAK RAIH POPULARITI MURAHAN DI MIRI


PKR dan PAS masing-masing telah mula menonjolkan diri di Miri bagi meraih sokongan pengundi. Mengikut pembahagian kawasan DUN di Miri, majoriti kawasan DUN kebanyakannya akan ditandingi DAP yang merangkumi majoriti pengundi Cina. Manakala, PKR dan PAS masih dalam perebutan kerusi dengan DAP di beberapa kawasan yang sekarang ini dikuasai DAP.

Mengikut cakap-cakap orang di kedai makan, PKR mungkin mempunyai peluang untuk bertanding di Miri, tetapi tidak PAS. Sekiranya PAS yang bertanding, nescaya Pakatan Pembangkang akan kalah. Manakala, PKR dikatakan mempunyai sedikit peluang untuk menang sekiranya strategi BN tidak menjadi atau senjata makan tuan.

Melihat kepada senario politik semasa, sokongan kaum Cina ke atas BN telah kembali berasaskan kepada kemenangan BN dalam beberapa PRK sebelum ini. Inilah yang menjadi asas SUPP untuk meningkatkan lagi usaha dan kerja keras dalam mengembalikan sokongan pengundi Cina ke atas BN-SUPP.

Menjadi kelaziman PKR berkempen, pelbagai janji ditabur bagi meraih sokongan rakyat. Antaranya, mansuhkan ISA dan menyediakan perkhidmatan internet percuma di seluruh Sarawak dan menaikkan royalti minyak sebanyak 20 peratus kepada Sabah dan Sarawak.

Walaupun PKR Sarawak mempunyai ketuanya sendiri, namun PKR Pusat tidak percaya dan yakin, sebaliknya menghantar Zuraida Kamaruddin bagi mengatur strategi dan membantu PKR Sarawak. Berikutan itu, PKR Sarawak nampaknya sangat memerlukan Zuraida Kamaruddin dalam menghadapi Pilihan Raya DUN Sarawak berbanding Baru Bian sendiri.

Menurut Zuraida, PKR akan menubuhkan Sayap Wanita yang masing-masingnya di Miri, Baram dan Sebuti, tetapi hanya di peringkat cawangan.

Dengan nada angkuh lagi sombong, Zuraida dengan nada tegas mengatakan PKR Sarawak akan mencatat kemenangan bergaya.

Selain PKR Sarawak, PAS Miri juga tidak ketinggalan mengadakan kempen bersama rakyat di Tamu Muhibbah Miri bagi meraih sokongan rakyat.   

Persaingan PKR dan PAS di Miri pastinya sengit kerana masing-masing mahu bertanding berbanding DAP yang sudah mendabik dada ekoran kawasan DUN yang ditandinginya sudah pasti dalam tangan.  
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
March 21, 2011 at 10:56 PM

ORANG MALAYA MEMANG BUTA TENTANG POLITIK SARAWAK
PATUTLAH MULUT CELUPAR

DAH MULUT DILUMUR DENGAN LADA HITAM BARU PADAN MUKA

PKR MENANG BERGAYA!!!
KLAKLAH KITA SAMA2 NANGGAR

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger