VIRUS KELUAR PARTI MENULAR KE PKR SARAWAK


Kebanyakan pengasas PKR telah pun meninggalkan parti itu tatkala Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim pula sibuk mempertahankan diri dalam kes liwat yang dihadapinya.

Anwar sedang berusaha mempertahankan dirinya walaupun pelbagai pihak termasuk bekas-bekas rakannya dalam PKR terdahulu mendesak Anwar memberikan DNA bagi menyelesaikan persoalan Siapakah Lelaki Y? PKR Sarawak yang ketika ini sibuk mempersiapkan diri menghadapi Pilihan Raya DUN Sarawak kelihatan sangat pincang dan mengalami ‘ganguan’ disebabkan perancang atau mastermind mereka kini sibuk dengan kes liwat.

Gangguan yang dihadapi PKR Sarawak ini telah memakan diri apabila silap percaturan pilihan raya yang telah membawa kepada kesengsaraan diri. Gelojoh untuk mengangkat Baru Bian sebagai Ketua Menteri Sarawak dan keputusan yang hanya mementingkan parti sendiri telah membuatkan rakan Pakatan Pembangkang lain tidak berpuas hati dan tekad mengambil keputusan keluar Pakatan Pembangkang.

SNAP akhirnya akur bahawa keputusan mendampingi Pakatan Pembangkang ‘luar’ Sarawak itu telah menyebabkan mereka tidak seperti yang diharapkan. Mendampingi Pakatan Pembangkang alasan untuk kembali aktif dalam politik Sarawak kerana sebelum ini SNAP kurang popular dan kesnya ketika itu masih berlangsung di mahkamah.

Penilaian akhir Pakatan Pembangkang ternyata tidak memihak kepada SNAP yang diberitakan hanya diberi 4 kerusi DUN untuk ditandingi berbanding PKR yang diperuntukkan sebanyak 52 kerusi DUN. Perbandingan ini ternyata sangat tidak menguntungkan SNAP yang terguris hati dengan hanya diberi 4 kerusi DUN.

Bagi SNAP, PKR hanyalah sebuah parti yang bermusim di mana mereka hanya gah dan glamour ketika menjelang pilihan raya. Dalam Pilihan Raya DUN Sarawak, PKR dianggap sebagai tidak relevan memandangkan perjuangan mereka di Sarawak masih kabur dan sangat tidak diterima rakyat Sarawak.

Keputusan SNAP untuk bertanding di 48 kerusi DUN dan bilangan ini pastinya akan meningkat berikutan ramai di kalangan pemimpin dan ahli PKR Sarawak yang keluar parti. Terbaru, dua ahli PKR dalam Parlimen Sri Aman, iaitu Timbalan Pengerusinya Alexius Serit Tukok dan Naib Pengerusinya Donny Stevens mengisytiharkan mereka keluar daripada parti.

Alasan yang sama digunakan oleh kebanyakan bekas ahli parti, iaitu hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti berkenaan sama ada di peringkat negeri mahupun pusat.

Suatu ketika rakyat Sarawak sangat tertarik dengan janji-janji manis Pakatan Pembangkang terutama ketika Anwar Ibrahim menyampaikan ceramahnya di kawasan Melayu dan Iban serta Bidayuh.

Anwar Ibrahim dan PKR bukan setakat itu sahaja, kewujudan PKR adalah semata-mata untuk membela nasib Anwar Ibrahim dan segala janji-janji PKR kepada rakyat selama ini adalah omong kosong, palsu dan pembohongan semata-mata.

Berkemungkinan siri ahli-ahli PKR Sarawak keluar parti akan berterusan disebabkan gelombang biru mula dirasai rakyat Sarawak sebagai penerus agenda pembangunan seperti mana yang dilakukan sekarang. Pengumuman Perdana Menteri dalam setiap lawatannya di Sarawak sangat memberi makna terutama transformasinya untuk membangunkan kawasan luar bandar. 
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

March 20, 2011 at 12:50 PM

Siapa pada pendapat anda paling layak memimpin Sarawak sebagai Ketua Menteri?

Klik link di bawah (atau copy & paste URL) untuk mengundi

http://www.micropoll.com/a/mpview/1069566-405576

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger