VIOLET YONG GENTAR HADAPI DR SIM KUI HIAN DI DUN PENDING



Presiden SUPP mengesahkan Dr Sim Kui Hian, seorang pakar kardiologi di Hospital Umum Kuching akan dicalonkan BN-SUPP bagi merampas kembali DUN Pending dari DAP.

Pengesahan Presiden SUPP itu mengundang keresahan DAP khususnya Violet Yong, penyandang ADUN Pending yang dilihat ketika ini seperti sesak nafas apabila SUPP mencalonkan Dr Sim Kui Hian. Di Pending, Dr Sim sangat terkenal dan lebih popular berbanding Violet Yong disebabkan keramahannya ketika berdamping dengan rakyat.

Selain bijak memahami kehendak rakyat, Dr Sim juga mempunyai personaliti yang sangat disenangi rakyat di DUN Pending. Mudah mesra dan gemar memberikan senyuman manis berbanding Violet Yong yang sering memberi muka masam.


Dengan rendah diri, Dr Sim Kui Hian mengakui namanya masih belum segagah Violet Yong namun kemampuannya sebagai doktor pakar dan selalu berdamping dengan ramai pesakit daripada pelbagai kaum mampu memberikan kelebihan kepadanya untuk menarik sokongan rakyat untuk kembali kepada BN.

Ramai pesakit yang pernah menjadi dirawati Dr Sim mengakui bahawa beliau sangat baik dan mudah mesra. Malah beliau sanggup memberikan motivasi secara percuma kepada pesakit tanpa sebarang bayaran, tidak seperti doktor pakar psikatari.

Berdasarkan kepada situasi ini, keresahan Violet Yong ini ada asasnya. Justeru, Pilihan Raya DUN Sarawak ini pastinya menyajikan persaingan sengit antara BN-SUPP dan DAP di DUN Pending. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger