TOPENG PERAK DISEBALIK VIDEO ANWAR IBRAHIM?


Topeng Perak Upahan PAS

Beberapa hari ini beberapa blog prokerajaan menjadi tumpuan bloggers Pakatan Pembangkang untuk dihacks dan dimasukkan virus. Tidak kurang juga peribadi bloggers ini dihina dan dimaki hamun sepertimana perbuatan pemimpin Pakatan Pembangkang yang memfitnah pemimpin BN.

Jika ini yang dilakukan bloggers Pakatan Pembangkang, maka bloggers prokerajaan ini boleh diumpamakan sebagai pemimpin atau wakil rakyat sehingga peribadi mereka pun menjadi bahan serangan.

Siapa blogger Pakatan Pembangkang yang menjadi mastermind di sebalik tindakannya menghina peribadi blogger prokerajaan?

Apakah anda masih ingat Topeng Perak? Topeng Perak merupakan blogger upahan PAS yang dibayar hasil daripada wang yang diperolehi daripada rakyat Kelantan dan Kedah. Dipercayai, PAS membayar sebanyak RM2 juta bagi menumbangkan kerajaan BN dalam PRU akan datang. Orang yang bertanggungjawab menjaga dan membela blogger ini pastinya Husam Musa.

Topeng Perak

Topeng Perak ini telah dipertanggungjawabkan PAS dan Pakatan Pembangkang untuk menjatuhkan bloggers prokerajaan yang dilihat semakin bertenaga dan berkuasa menguasai alam maya di sebalik tugas utamanya menumbangkan kerajaan BN.

Untuk tidak menyebabkan bloggers Pakatan Pembangkang tidak tersungkur di alam maya, maka Topeng Perak diarahkan untuk mematahkan serangan bloggers prokerajaan.

Sebelum ini blogger Topeng Perak telah memfitnah kerajaan kononnya kerajaan tidak cukup wang untuk membawa pulang rakyat Malaysia dari Mesir? Dakwaan itu ternyata memakan diri apabila Kerajaan bertindak pantas membawa pulang rakyat Malaysia dari Mesir tanpa memperdulikan ideologi politik. Diketahui, sebaliknya ahli-ahli PAS mengambil kesempatan di atas kemurahan kerajaan itu dengan menyebarkan dakyah PAS dan memburukkan kerajaan.

Upahan RM2 juta oleh PAS membolehkan Topeng Perak hidup mewah dan berkesempatan bermesra dengan wanita China sewaktu bercuti di China. Lihatlah akhlak Topeng Perak yang diupah PAS dengan mendampingi wanita China yang dipercayai salah seorang ‘pelakon’ utama dalam video terbaru Anwar Ibrahim.

Apa pun PAS sanggup ‘membela’ bloggers yang diibaratkan menjatuhkan PAS sendiri dengan perbuatan dan tingkahlakunya yang bertentangan dengan PAS. Perlakuan PAS ini membuatkan PAS sudah jauh menyimpang dengan tidak lagi memperjuangkan Islam sebaliknya memperjuangkan individu dalam PAS dalam mendapatkan kuasa politik.
Share this article :
 

+ comments + 3 comments

Anonymous
March 30, 2011 at 10:34 AM

Hah ni lagi hebat dari pemimpin anugerah tuhan kak Wan sampai 2 orang China doll untuk berjoli kat Beijing.Maklumdapat 2 juta,Ceh..ptuih.Tak bermoral.

March 30, 2011 at 1:51 PM

haha..tu bergambar je. Mana boleh lawan blogger UMNO, lagi handal. siap guinness n tiger lagi.hahaha

Anonymous
March 31, 2011 at 9:10 PM

baca lagi kat cni... http://www.perisik-rakyat.com/

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger