SOKONG BN BAWA PEMBANGUNAN, SOKONG PAKATAN PEMBANGKANG BAWA KEMUSNAHAN




Dalam mana-mana pilihan raya BN tidak pernah menghadapi masalah dalam menyusun dan mengatur pembahagian kerusi yang akan ditandingi berasaskan kepada persetujuan kesemua kompenan parti. Tidak seperti Pakatan Pembangkang, setiap kali pilihan raya pembahagian kerusi menjadi masalah besar. Itulah yang menjadi masalah utama sekarang terhadap Pakatan Pembangkang.

BN yang diketuai PBB sejak dari dahulu lagi telah mencapai kata sepakat dalam pembahagian kerusi DUN yang akan ditandingi dalam sebarang pilihan raya. PBB, SUPP, PRS dan SPDP tidak mempunyai masalah dalam pembahagian kerusi bersandarkan kepada musyawarah dan tiada campur tangan daripada mana-mana pihak.

Berbeza dengan Pakatan Pembangkang, mereka sangat mengharapkan kebijaksanaan Lim Kit Siang (DAP) dan Anwar Ibrahim (PKR) untuk membahagikan kawasan DUN yang akan ditandingi Pakatan Pembangkang. Apakah maksud semuanya ini sehingga memerlukan ‘orang luar’ untuk mencatur dan membuat keputusan ke atas orang lain?

“Masalah ini akan selesai… saya percaya saudara Lim Kit Siang (penasihat DAP) dan Ketua Umum PKR (Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan kebijaksanaan yang ada pada mereka) akan menyelesaikan semua masalah ini, demi kepentingan Pakatan Pembangkang di Sarawak”.

Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian

Di manakah suara Baru Bian untuk menegakkan kepentingan orang Sarawak? PKR Sarawak terlalu bergantung kepada ‘orang luar’ seperti Anwar Ibrahim, Azmin Ali dan Wan Azizah bagi mencorakkan kepimpinan PKR. Nescaya, sekiranya Sarawak dirampas Pakatan Pembangkang, Sarawak bukannya diperintah orang Sarawak, tetapi diperintah Anwar Ibrahim, Azmin Ali dan Wan Azizah. Tidak mustahil juga Wan Azizah boleh menjadi Ketua Menteri Sarawak sekiranya Malaysia diperintah Pakatan Pembangkang yang pastinya akan meminda perlembagaan.


Sebelum ini Anwar Ibrahim akan diangkat sebagai Perdana Menteri (itupun jika Anwar Ibrahim terlepas dari hukuman liwatnya) dan Azmin Ali mengidam untuk menjadi Menteri Besar Selangor.

Justeru, pentingnya Pilihan Raya DUN Sarawak ini adalah disebabkan dua perkara, iaitu sokong BN akan meneruskan agenda pembangunan dalam menjadikan Sarawak maju pada tahun 2030 dan sokong Pakatan Pembangkang menyaksikan Sarawak diperintah ‘orang luar’ manakala orang Sarawak dijadikan boneka. 
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
March 27, 2011 at 8:44 PM

bukannya orang sarawak suka kepada orang melaya...orang sarawak tidak suka taib mahmud..

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger