SIAPA 9 KERUSI PANAS?


SPR telah mengumumkan 9 kerusi DUN yang sangat panas menjelang Pilihan Raya DUN Sarawak. Siapakah angkara sehingga membuatkan DUN itu panas?

9 kerusi DUN yang panas itu merangkumi DUN N.4 Pantai Damai, N.12 Kota Sentosa, N.13 Batu Kawah, N.19 Kedup, N.39 Repok, N.46 Dudong, N.48 Pelawan, N.49 Nangka dan N.51 Balingian.

Menurut SPR, kesembilan DUN itu bakal menyaksikan persaingan sengit dengan aksi-aksi kempen yang dijangka bakal mencetuskan banyak pertikaian dan semestinya aksi-aksi ganas.

DUN-DUN panas ini pastinya memberikan cabaran besar kepada BN dalam usaha mempertahankannya. Bagi memastikan BN berupaya mengekalkan kerusi itu dan menidakkan kemenangan Pakatan Pembangkang, faktor calon selayaknya menjadi ukuran. Ini disebabkan rakyat Sarawak kini melihat faktor calon sebagai pilihan mereka.

Pakatan Pembangkang juga tidak ketinggalan dengan memperkenalkan beberapa muka baru bagi mencuba nasib di beberapa kawasan. Tidak ketinggalan juga ada calon Pakatan Pembangkang yang dikitar semula walaupun sebelum ini telah mengalami banyak kekalahan.

Apapun, kerusi DUN panas ini pastinya menyaksikan persaingan sengit hingga ke undi terakhir dalam menentukan kemenangan. Hanya kebijaksanaan ketua sahaja yang mampu memberikan ruang dan peluang kepada kejayaan sesebuah parti sama ada BN mahupun Pakatan Pembangkang dan disertai undi rakyat.  
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger