SARAWAKREPORT DAN RADIO FREE SARAWAK DISIASAT???



Bersempena dengan Konvesnyen BN, sekumpulan Pemuda PBB Sarawak yang diketuai Naib Presiden Pemuda PBB telah membuat laporan polis mengenai kebiadapan blog Sarawakreport yang dikandungannya berunsurkan fitnah terhadap Ketua Menteri Sarawak.

Sepanjang kemunculan Sarawakreport dalam beberapa bulan sebelum ini yang bertujuan mengaibkan Ketua Menteri Sarawak dengan pelbagai dakwaan yang tidak berasas dan berunsurkan fitnah. Kewujudan blog Sarawakreport itu dipercayai didalangi beberapa pemimpin Pakatan Pembangkang Sarawak dan didakwa berpangkalan di London.

Seimbas lalu kandungan Sarawakreport, pembaca pastinya mudah mempercayainya disebabkan kebijaksanaan penulis mengemukakan fakta yang tidak berasas sekiranya pembaca kurang mengetahui keadaan politik sebenar Sarawak. Bahan dan kandungan Sarawakreport ini telah digunakan bloggers propembangkang di Sarawak untuk dimuatkan ke dalam blog mereka. Tindakan ini akan menyebabkan kandungan dan bahan fitnah itu akan menjadi berita hangat dan tersebar di kalangan pembaca blog.


Kemunculan Radio Free Sarawak yang dikatakan muncul secara haram kerana tidak mempunyai lesen penerbitan juga telah dilaporkan kepada polis untuk diambil tindakan. Radio Free Sarawak yang ke udara menerusi internet boleh didengar pada dua waktu yang berbeza, iaitu awal pagi dan lewat petang. Ini bertujuan memberi peluang kepada rakyat Sarawak terutamanya mendengar semasa berada dipejabat dan pulang ke rumah. Selain boleh didengar secara langsung, Radio Free Sarawak juga boleh dimuat turun secara percuma.

Baru-baru ini identiti DJ Radio Free Sarawak telah diketahui setelah sebelum ini hanya menggunakan nama samaran. Salah seorang DJnya merupakan rakyat tempatan Sarawak dan seorang lagi merupakan warganegara Britain. Radio Free Sarawak ini dikendalikan di London dan terus dipancarkan menerusi gelombang internet.

Walaupun agak lewat laporan polis dibuat terhadap Sarawakreport dan Radio Free Sarawak kerana kandungannya telah banyak tersebar di alam maya, namun sekurang-kurangnya laporan polis ini mampu membuatkan polis membuka dokumen siasatan.

Adalah menjadi harapan laporan polis ini akan dapat merungkai tindakan yang akan dilakukan selepas ini bagi menyekat kemunculan Sarawakreport dan Radio Free Sarawak. 
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
March 25, 2011 at 12:23 AM

HAISH... yg aku peliknya.. smpi skrg CM tuh senyap jer.. kalo betul2 fitnah.. serius laa ckit bela diri tuh.. ni tidak! aku cabar CM serius tangani isu fitnah ini.. KALAU anda berada pd pihak yg betul.. oppss..sori..lupa.. CM TAKTAU MCM MN NK BELA DIRI..SBB SUMERNYA BETUL BELAKA.. HANCUR BN!!

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger