SARAWAK SEPERTI PULAU PINANG???



Selepas de factor PKR, Anwar Ibrahim, hari ini giliran Dr Mansor Othman, Naib Presiden PKR pula datang ke Sarawak bagi meninjau persiapan PKR Sarawak menjelang Pilihan Raya DUN Sarawak. Difahamkan Mansor datang ke Sarawak bagi melawat beberapa kawasan DUN yang akan ditandingi PKR seperti DUN Tupong, DUN Lingga, DUN Saribas, DUN Beting Maro dan DUN Lanang.

Destinasi pertama Mansor di kawasan DUN Lingga. Seperti biasa, setiap kali perjumpaan PKR, pastinya diadakan di restoran dan tetamu dijamu makanan secara percuma. Bagi kebanyakan mereka yang hadir, saat sebegini yang sangat dinantikan mereka kerana bukan semata-mata untuk melihat pemimpin PKR Semenanjung atau mahu mendengar ceramah, sebaliknya datang untuk makan FREE.

Kedatangan pemimpin-pemimpin PKR ke Sarawak bukannya untuk berkongsi maklumat sebaliknya ‘mengajar’ PKR Sarawak bagaimana menjalankan strategi pilihan raya. Menurut Mansor, ramai ahli PKR Sarawak masih kekurangan pengalaman dan pengetahuan dalam hal pilihan raya. Sekiranya mereka ini tidak dididik dengan sempurna, PKR Sarawak bukan sahaja kalah malah memalukan PKR sahaja.


Orang Sarawak bodoh. Itulah perkataan yang sebenarnya yang mahu dikatakan Mansor. Namun, bagi tidak mengecilkan hati rakyat Sarawak, Mansor bijak menggunakan perkataan sederhana untuk tidak menampakkan kata-kata kasar. Orang Semenanjung jauh lebih pandai berbanding orang Sarawak. Sebab itu, PKR Sarawak perlu diasuh oleh ahli-ahli PKR dari Semenanjung.

Ucapan dasar Mansor lebih kepada mahukan rakyat Sarawak menukar kerajaan seperti mana yang dilakukan rakyat Pulau Pinang. Menurutnya, inilah masa yang sesuai untuk rakyat Sarawak menukar kerajaan.

Pulau Pinang sejak diperintah Pakatan Pembangkang, rakyatnya bukan sahaja menikmati kehidupan yang sukar malah ditindas dan ada unsur diskriminasi terhadap kaum Melayu. Pemerintahan DAP di Pulau Pinang telah memaksa ramai orang Melayu terpaksa kehilangan hak terutama dalam menjalankan perniagaan. Begitu juga dengan kaum India yang telah kehilangan Kampung Buah Pala setelah kewujudannya beratus tahun dahulu.

Desakan Mansor itu hanya bersifat iri hati terhadap BN Sarawak. Sebelum ini, bos Mansor, Lim Guan Eng tidak berpuas hati apabila pengumuman Ketua Menteri Sarawak bahawa premium tanah di Sarawak adalah yang paling rendah di Malaysia. Ini menyebabkan Lim Guan Eng berasa marah dan mahu mengajak Ketua Menteri Sarawak untuk berdebat mengenai kadar premium tanah.


Mansor juga berasa cemburu dengan keupayaan BN Sarawak yang berjaya memerintah Sarawak dengan cemerlang. Selama pemerintahan BN Sarawak, rakyatnya hidup aman dan damai tanpa banyak kontroversi. Tidak seperti Pulau Pinang yang baru sahaja diperintah Pakatan Pembangkang sudah pelbagai macam permasalahan sehingga menyebabkan rakyat Pulau Pinang memberontak mahukan DUN Pulau Pinang dibubarkan bagi memberi peluang kepada mereka untuk memilih BN.

PKR bukan parti membela hak rakyat mahupun bukan parti yang memecah belahkan rakyat, tetapi sebaliknya parti yang memperjuangkan Anwar untuk menjadi Perdana Menteri. Atas kapisiti Sarawak sebagai fix deposit BN, PKR mahukan Sarawak terpecah dan memberi peluang kepada PKR meneruskan agenda utama mereka untuk mengangkat Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri liwat pertama di dunia. 
Share this article :
 

+ comments + 2 comments

Anonymous
March 14, 2011 at 6:21 AM

jangan harap nak perintah sarawak....politik sarawak dan semenanjung jauh bezanya ...Buat rakyat Sarawak...HATI HATI DENGAN DAKYAH PEMBANGKANG

Anonymous
March 22, 2011 at 8:39 PM

Penang byk masalah sbb sebelum ini dikuasai oleh Parti Gerakan.. Berapa lama dah gerakan perintah Penang?? 40++ thn?? Sejak dr itu lah Penang byk masalah.. Jgn main copy & paste jak pok.. !! hahaha baca & teliti dolok.. Kan terkena palak dirik mpun..

Sik perlu tunggu PR memerintah Sarawak, sekarang pun Sarawak lebih trok dr Penang!!

Byk tanah NCR dimnbik kerajaan BN kerja org luar ka???
Byk hutan kayu balak ditebang sapa yg pun kerja?? Org luar ka??
Sekolah di pedalaman yg kekurangan sumber pembelajaran sapa pun kerja?? Org luar ka??
Jalan raya di sarawak yg sentiasa diturap apabila tiba pilihanraya sapa pun kerja?? Org luar ka??
Kompeni besar spt CMS & NAIM yg bolot kontrak di Sarawak org luar ka?? Family TAIB yg kebanyakan shareholder dlm ya!!

SO ko mok tuduh org luar tp org dalam sendiri yg merompak kekayaan Sarawak ko tutup mata?? Atau hati ko mmg dah buta??

Kesian ko len kali jgn buat fitnah kalo takde bukti... Malukan diri sendiri..

Nama jak blog cetusan kenyalang tp intipati nya kosong hanya dipenuhi dengan noda & auta..

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger