RENCAH-RENCAH HARI PENGUNDIAN PRK KERDAU DAN PRK MERLIMAU



Sepanjang masa pengundian, ingatkan hujan sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari. Itulah simpulan bahasa yang boleh dirujuk kepada tindakan liar PAS dalam PRK Kerdau dan PRK Merlimau.

Ketika orang ramai berpusu-pusu berbaris panjang bagi menjalankan kewajipan mereka menunaikan tanggungjawab sebagai warganegara Malaysia yang demokrasi, wujud ‘Orang Utan’ PAS yang galak menyalak bagi melancarkan demokrasi semasa pengundian sedang berlangsung.

Di SMK Kerdau berlaku kekecohan yang dicetuskan penyokong-penyokong PAS kerana mengeluarkan kata-kata kesat ke atas peraih-peraih undi BN. Kekecohan yang mencetuskan pertikaman lidah telah memaksa pasukan keselamatan campur tangan bagi mententeram keadaan. Inilah sikap dan budaya penyokong PAS setiap kali masa pengundian. Ketika ini agama tolak tepai, yang panting dapat meraih sokongan pengundi. Keadaan ini menyebabkan pengundi-pengundi takut untuk keluar dan mengundi.

Tidak ketinggalan juga kekecohan yang berlaku dalam kem PAS apabila sebahagian penyokong PAS berasa tidak puas hati dengan kenyataan Naib Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man yang menggelar jentera PAS sebagai KERBAU. Ini berikutan tindakan jentera PAS yang berkelakuan seperti Kerbau dalam meraih undi dan yang lebih menyedihkan mereka bertindak di luar kawalan dengan mengajak anggota polis yang bertugas untuk bertumbuk sekaligus meruntuhkan maruah PAS yang sebelum ini sudah runtuh lagi tercemar.


Budaya PAS yang kerap kali mempergunakan kanak-kanak untuk meraih undi bukanlah perkara baru bahkan telah lama digunakan bahkan sudah menjadi budaya PAS. Selagi ada anak-anak ahli PAS, Nik Aziz membenarkan mereka membawa anak-anak untuk berkempen. Tidak salah katanya. Kalau boleh, bawa keluarga sekali seperti anak, isteri, suami, nenek, datuk dan moyang.


Dalam pada itu, sikap gentelman yang ditunjukkan Tok Mat (Ahmad Maslan) ketika sama-sama membantu salah seorang peraih dan penyokong PAS menolak keretanya yang terperosok di tepi jalan. Tingkah laku Tok Mat ini menyebabkan jentera PAS berasa malu kerana sebelum ini mereka lantang memperkatakan fitnah kepada BN. Pastinya, tindakan jentera PAS ini akan menyebabkan Nik Aziz tidak senang duduk malah pastinya jentera PAS selepas ini akan dibalun cukup-cukup.

Tidak cukup dengan itu, jentera PAS tadi telah mempelawa Tok Mat menjamu selera makan tengahari. Bagi Tok Mat, rezeki jangan ditolak, musuh dicari.


Sebelum pengundian hari ini, beberapa blog propembangkang telah mengeluarkan artikel bahawa PRK Kerdau dan PRK Merlimau akan dimenangi BN. Analisis Malaysian Insider menunjukkan PAS akan kalah terus dan terus memberikan majoriti besar kepada BN. Sambil menidakkan bahawa PAS sangat mengharapkan undi orang Cina kerana mereka faham bahawa undi orang Melayu banyak berpihak kepada BN.


Di sebalik keghairahan PAS berkempen di Kerdau dan Merlimau, DAP telah memberikan amaran keras kepada PAS di Kelantan kerana dasar dan amalan Kerajaan Kelantan mengharamkan penjualan loteri. Tindakan Kerajaan Kelantan telah menimbulkan kemarahan DAP sambil menggugut bahawa tindakan ini boleh menyebabkan orang Cina tidak akan mengundi PAS pada pilihan raya.


Diakhir pengundian dan selepas pengumuman dibuat, sejarah akan dicipta. Calon PAS, Yuhaizad telah pun berkemas barang bagi menyambut kekalahannya dan ini akan memaksa beliau keluar meninggalkan kuarters guru yang selama ini hasil ihsan Kementerian Pelajaran. Hasanuddin pula bakal mencipta rekod kekalahan 3 kali berturut-turut yang mana tidak pernah disandang oleh sesiapa sebagai rakyat Malaysia. Pastinya, nama Hasanuddin akan terpahat dalam Buku Rekod Malaysia. Tahniah!!! 

Setelah pusat pengundian undi ditutup pada jam 5.00 petang ini tadi, ramai penganalisis dan orang ramai meramalkan BN akan menang selesa. Telahan ini berpaksikan PAS gagal menterjemahkan motifnya dalam pilihan raya dan hanya bersandarkan Islam semata-mata. Berbeza dengan BN yang mempunyai wawasan dan agenda kemajuan demi rakyat di Kerdau dan Merlimau, kali ini kempen BN nampak tersusun dan menyerlah. BN berjaya menggempur habis-habisan PAS hingga menyebabkan PAS jatuh tertiarap. 

Sebelum undi-undi dikira, di sini Wira Kenyalang nak sampaikan tahniah terlebih dahulu kepada calon BN di DUN Kerdau, Syed Ibrahim dan calon BN di DUN Merlimau, Roslan Ahmad. Lepas ini boleh panggil YB ...

Kepada calon PAS, Yuhaizad dan Hasanuddin selamat berkemas barang dan selamat mencipta sejarah. Lepas ini tak payahlah jadi calon PAS, Memalukan aje.

Kredit kepada bloggers nyamuk...
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger