R. SIVARASA CATAT REKOD MALAYSIA KERANA DIHALANG MASUK SARAWAK



Hari ini, Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa Rasiah mencatat sejarah tersendiri dan lebih manis lagi mencatat Buku Rekod Malaysia apabila telah kali kedua dihalang memasuki Sarawak. Tahniah YB!

R. Sivarasa Rasiah sebelum ini telah ditahan dan tidak dibenarkan memasuki Sarawak pada tahun 2009.

R. Sivarasa bersama Xavier Jayakumar datang ke Kuching bagi menghadiri Konvensyen PKR Sarawak. Bagaimanapun, Anwar Ibrahim yang sama kumpulan dengan R. Sivarasa dan Xavier Jayakumar dibenarkan memasuki Sarawak tanpa sebarang masalah.

Sejurus memasuki kaunter pemeriksaan, pegawai Imigresen telah memaklumkan kepada R. Sivarasa mengenai masalah kemasukannya ke Sarawak. Atas faktor itu, R. Sivarasa terpaksa ditahan manakala Xavier Jayakumar dibenarkan masuk.

Atas keprihatinan Imigresen, R. Sivarasa telah dihantar pulang ke Kuala Lumpur pada pagi itu juga dengan menggunakan pesawat Air Asia.

Peristiwa yang berlaku ke atas R. Sivarasa ini menggambarkan bahawa Sarawak tidak suka kehadiran pemimpin Pakatan Pembangkang datang ke Sarawak dan membuat kacau dengan menabur fitnah dan menggalakkan perbuatan kasar.

Penahanan R. Sivarasa kali ini mempunyai hubung kait kecamannya ke atas Imigresen Sarawak sewaktu beliau ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada tahun 2009. Kecaman dan kritikan yang dilemparkan R. Sivarasa itu berniat jahat manakala tindakan pegawai Imigresen adalah berlandaskan undang-undang.

Selepas ini, R. Sivarasa perlu lupakan hasratnya ke Sarawak sampai bila-bila. Pintu Sarawak sudah tertutup buat R. Sivarasa Rasiah.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger