PRK KERDAU: PAS BERTANDING, PKR DAN DAP DAPAT PUBLISITI MURAHAN



Mana-mana Pilihan Raya Kecil baik di Malaysia ini, Pakatan Pembangkang akan mengambil kesempatan terhadap kelemahan mahupun kekuatan rakan-rakan mereka.

Kita ambil dua contoh PRK kat Hulu Selangor. Yang bertanding PKR... itu pun calonnya Datuk Zaid Ibrahim (sekarang dah keluar parti) tapi sibuk-sibuk buat ceramah Nik Aziz dan PAS. Baik di penempatan Orang Asli, penempatan India dan penempatan Cina semua tempat ini Nik Aziz pergi. Kononnya nak berdakwah tapi memfitnah pemimpin-pemimpin BN baik UMNO, MCA dan MIC. Hebat jugok Nik Aziz ini.

Kat PRK Sibu pula yang bertanding DAP. PAS yang kononnya perjuangkan Islam boleh pulak berdakwah kat depan gereja. Itulah yang dibuat Khalid Samad. Ditanya, bantu DAP edar risalah waktu masyarakat Kristian mahu pergi sembahyang.

Kat masjid dan surau takde ke? Kat sini tak ade (ada jugak) sebab masjid dan surau dikawal Jabatan Agama Islam Sarawak. Yang ada tu, bila JAIS terlepas pandang. Kat kampung apatah lagi. Siap sewa rumah orang untuk jadikan markas. Dahulu tempat tu sebagai tempat mengaji tapi bila PAS jadikan markas, orang mengaji pun dah tidak dibenarkan lagi.

Bila masa turun mengundi yang sibuk bukannya petugas SPR mahupun petugas DAP, tapi petugas dan penyokong PAS. Ada tu seorang wanita penyokong PAS sanggup membawa dan melilitkan bendera DAP bagi mendapatkan sokongan. Wah..wah.. boleh tahan penyokong PAS ini.

Di PRK Hulu Selangor dan Sibu, poster tu tak payah cakaplah. Logo-logo PKR, DAP dan PAS ini tidak boleh dipisahkan. Kononnya nak gambarkan sebagai Pakatan. Itu belum lagi sewaktu penamaan calon. Penyokong PAS bawa bendera DAP dan PKR. Manakala penyokong DAP bawa gambar calon. Lepas ini akan banyak pengikut DAP dan PKR berbanding PAS.

Yang bestnya, sewaktu penamaan calon PRK Sibu, ada seorang penyokong yang juga ahli PAS ini yang sanggup berbohong. Bila ditanya, dari mane? Kelantan (dah tahu sebab loghat Kelantan). Dah lama kat Sibu ni? Lama jugak. Kerja apa? Peniaga. Tanya lagi, berniaga apa? Berniaga kain...

Sekali pandang memang betul tapi Allah swt itu maha kaya, entah datang dari mana suara yang memanggilnya, CIKGU, Cikgu, cikgu!!! La cikgu rupanya... bila saja tengok muka cikgu ini terus merah dan lari. Lepas apa lagi, CIKGU PAS, CIKGU PEMBOHONG.

Pendek kata kebanyakan Cikgu yang transfer kat Sarawak ini ahli-ahli PAS. Sebab itu dalam PRK Sibu ramai Cikgu-Cikgu datang memberi sokongan kat calon DAP, Wong Ho Leng.


Berbalik cerita PRK Kerdau. Benda yang Pakatan Pembangkang buat ini dah lama dah. Dulu, masih ingat lagi hanya calon dan parti yang bertanding sahaja dibenarkan menampal dan membawa poster. Itulah yang diarahkan SPR. Tapi, itu hanya arahan SPR. Siapa nak peduli?

Pakatan Pembangkang? Mereka ni dah didaftarkan sebagai satu kumpulan ke? Ini pun dah dikira melanggar peraturan. Dalam PRK, masing-masing mahu tonjolkan lambang masing-masing. Lihat pula BN, mana-mana parti yang bertanding, UMNO, MCA, MIC, PBB, SUPP, PRS atau SPDP, mereka gunakan satu lambang sahaja. Lambang dacing.

PAS, PKR dan DAP, mereka ini tidak takut dengan SPR. Tapi, SPR takut kepada mereka. Manakan tidak, dah terang dibuat tapi SPR tak ambil tindakan pun. Sebab itu PAS angkat muka kata mereka betul dan berkuasa.

Kalau tak percaya, siapa yang selalu ikut PRK kat Malaysia cuba tengok parti mana yang selalu langgar peraturan. Pakatan Pembangkang atau BN?
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger