PRK KERDAU DAN PRK MERLIMAU: PAS EKSPLOITASIKAN KANAK-KANAK



Apakah kesalahan kanak-kanak ini hingga diperlakukan sebegini? Fenomena ini bukan kali pertama dan bukan yang terakhir. Kanak-kanak dipergunakan ibu bapa mereka yang taksub dengan politik sehingga membawa dan menjerumus kanak-kanak ke kancah politik yang mereka sendiri belum mengenalinya. 

Pada ketika itu, kanak-kanak itu sewajarnya bermain bersama rakan-rakan mereka atau beristirehat di rumah atau menelaah buku bacaan. Namun, disebabkan ketaksuban ibu bapa yang terlibat dengan politik sehingga sanggup melibatkan kanak-kanak ke kancah politik.

Banyak faktor yang menyebabkan ibu bapa melibatkan kanak-kanak dalam politik sebegini. Salah satunya, kanak-kanak dijadikan perisai bagi mempertahankan diri. Di Malaysia, suasana penamaan calon ketika waktu pilihan raya sering berlaku rusuhan dan kekacauan. Dan, ketika ini kanak-kanak akan dijadikan perisai dalam mempertahankan diri daripada berlaku kekasaran. Andai kekasaran ini dilakukan oleh pihak keselamatan dan mengenai kanak-kanak, pastinya kanak-kanak ini diekploitasi oleh pihak-pihak tertentu dan dijadikan isu politik.

Yang sangat menyedihkan dalam mengeksploitasikan kanak-kanak ialah orang Melayu. Sekiranya kita lihat, hanya kanak-kanak Melayu yang ramai terlibat dan dipergunakan sesetengah ahli politik termasuklah ibu bapa. Selain Melayu, sukar untuk kita melihat kanak-kanak daripada kalangan India dan Cina. Itulah pemimpin politik Melayu yang bukan saja bijak malah bodoh dengan mempergunakan kanak-kanak demi kepentingan politik.

Sewajarnya kanak-kanak tidak harus dilibatkan dalam politik. Sebaik-baiknya kanak-kanak ini diajar mengenai sesuatu yang bersifat positif dan bukannya yang yang bersifat negatif. Selain kanak-kanak, ada juga ibu bapa sanggup membawa ibu bapa mereka yang dah tua bagi meraih simpati walhal mereka ini juga dijadikan benteng atau perisai mempertahankan diri. Perbuatan sebegini boleh dianggap sebagai bacul.

Justeru, SPR perlu mengetengahkan permasalahan ini dengan mengetatkan lagi penggunaan kanak-kanak bagi tujuan politik. Mereka ini tidak seharusnya dilibatkan dengan politik. Merekalah pewaris generasi akan datang dan sewajarnya mereka diberi didikan yang tinggi bagi kelangsungan hidup akan datang.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger