PRK DUN KERDAU: BOB ‘MARLEY’ LOKMAN - PELAKON PAS TERBARU



Pelakon yang TIDAK pernah popular dan TIDAK pernah menang apa-apa anugerah, Bob Lokman kini menggiatkan aktiviti seninya dengan berlakon dalam bidang politik. Memilih bidang politik dengan menyertai PAS dilihat sebagai menambah lagi pelakon-pelakon dalam PAS. Ketika ini pelakon PAS yang sangat popular dan terkenal tidak lain dan tidak bukan Nik Aziz.

Penyertaan Bob Lokman ke dalam PAS pastinya menggugat populariti Nik Aziz. Nik Aziz sentiasa mendapat perhatian ketika Pilihan Raya Kecil apabila kerap kali mengungkap skrip baru bagi mendapatkan populariti murahan.

Terbaru, Bob ‘Marley’ Lokman yang kempen ceramahnya bersama PAS di DUN Kerdau telah memanggil calon BN sebagai ‘Syed Kick’. Tindakan Bob Lokman yang mempermaikan nama calon BN merupakan skrip terbaru PAS dalam ketika PAS kekeringan isu bagi menyerang BN dan calon BN di DUN Kerdau.

Dalam ketika BN sedang rancak berkempen menjelang pembuangan undi, calon BN sedikit pun tidak mengambil kisah mengenai cemuhan Bob Lokman mengenai namanya yang dipermainkan. Adalah menjadi pembangkang untuk mencari isu walaupun isu itu sekecil kuman. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger