PKR SARAWAK PENGECUT? BARU BIAN TETAP MEMBISU!



Siapa sebenarnya berkuasa dalam PKR Sarawak, Baru Bian atau Zuraida Kamaruddin?

Cabaran Baru Bian dalam perdebatan mengenai isu tanah telah disambut dengan penuh hormat oleh Ketua Menteri Sarawak walaupun cabaran itu tidak sepatutnya diterimanya.

Atas rasa kebertanggungjawaban, Ketua Menteri Sarawak itu menerima cabaran itu dengan menghantar Tan Sri Adenan Satem sebagai wakilnya. Ini susulan daripada kenyataan Baru Bian sebelum ini yang meminta Pehin Sri Abdul Taib Mahmud atau wakilnya sama ada Tan Sri Adenan Satem atau Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan.

Ketika Ketua Menteri Sarawak mengumumkan Adenan sebagai wakilnya untuk berdebat, ramai yang menjangkakan suatu perdebatan menarik akan dapat disaksikan sebagaimana yang diminta Baru Bian. Bagaimanapun, orang ramai malah Adenan sendiri hampa setelah Baru Bian menolak pelawaan untuk berdebat.

Nampaknya di sini, Baru Bian hanya hangat-hangat tahi ayam. Baru Bian sebenarnya bukan mahu berdebat, tetapi lebih kepada mencari populariti murahan bagi menggambarkan dia perjuang tanah NCR. Betulkah Baru Bian pejuang tanah NCR?

“You give us Adenan, we will give you Voon Shiak Ni"! Ask PKR Women’s Bureau chief Zuraida Kamaruddin.

Siapa Zuraida Kamaruddin yang boleh mencampuri urusan dalaman Sarawak? Apakah isu tanah mempunyai hubungan dengan Zuraida? Apakah kuasa Zuraida boleh menggantikan Baru Bian kepada Voon Shiak Ni untuk berdebat dengan Adenan?

PKR bukan sahaja tidak menyelesaikan sahutan cabaran Adenan, malah mengusutkan lagi PKR sehingga boleh menggambarkan PKR pengecut.

Voon Shiak Ni bukan sahaja tidak setaraf untuk berdebat dengan Adenan bahkan Voon Shiak Ni cetek pengetahuan mengenai isu tanah.

Apakah Baru Bian sakit tekak sehingga tidak dapat menyahut pelawaan Adenan setelah cabaran Baru Bian disahut Ketua Menteri Sarawak? Kenapa pula Zuraida campur tangan terhadap cabaran Baru Bian dan Adenan?

Pesanan buat Zuraida, lebih baik jaga kawasan sendiri dan jangan sesekali menganggu perkara dalaman Sarawak. Orang luar seperti Zuraida ini bukan sahaja menimbulkan masalah malah menimbulkan kekacauan serta menganggu keharmonian rakyat Sarawak. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger