PKR SARAWAK MUFLIS???


Tolong kami, bantu kami, PKR mahu bankrap

Apa sudah jadi dengan PKR Sarawak. Akibat tidak ada persefahaman antara PKR Sarawak dan DAP Sarawak, maka berlakunya pelbagai masalah yang melanda. Apakah ini dinamakan Pakatan?

Dominique Ng Kim Ho yang suatu ketika pernah menjadi Pengerusi Perhubungan PKR Sarawak dan ketika ini menjadi ADUN Padungan telah gagal dalam mempertahankan dirinya di mahkamah dalam sebutan kes saman malu oleh Chong Chieng Jen yang juga Ahli Parlimen Bandar Kuching.

Dominique Ng memberitahu beliau akan diisytiharkan muflis jika gagal membayar jumlah tuntutan ganti rugi atau saman seperti yang ditetapkan oleh mahkamah dalam tempoh terdekat ini.

Mahkamah telah memerintah Dominique Ng membayar dan menjelaskan ganti rugi berjumlah RM100,000.00 kepada seorang peguam Chong Siew Chiang yang merupakan ahli DAP.

Dominique Ng juga berhadapan dengan satu lagi tuntutan berjumlah RM100,000.00 daripada Chong Chieng Jen, Ahli Parlimen Bandar Kuching.

Dominique Ng telah menerima surat tuntutan bertarikh 28 Februari 2011 daripada Chong Brother Advocates meminta beliau membayar ganti rugi RM100,000.00 yang telah dimenangi Chong Siew Chiang.

Justeru, Dominique Ng meminta dan merayu kepada orang ramai termasuk ahli PKR bagi membantu menyelesaikan masalah tersebut dan membentuk jawatankuasa untuk mengumpul derma daripada orang ramai.

“Saya telah diberi masa seminggu untuk menjelaskan RM100,000.00 termasuk faedah dan jika saya gagal berbuat demikian, mereka akan meneruskan prosiding hukuman. Dalam erti kata lain, saya akan diisytiharkan muflis jika tidak membayar dalam tempoh seminggu”.

Sekiranya Dominique Ng dijatuhkan hukuman muflis, beliau bukan sahaja tidak layak untuk bertanding dalam Pilihan Raya DUN Sarawak akan datang, tetapi juga tidak dibenarkan meneruskan profesion sebagai peguam.

Ketika ini DUN Padungan menjadi rebutan di antara PKR dan DAP dalam Pilihan Raya DUN Sarawak. Sehingga kini, kerusi DUN Padungan ini masih lagi samar dan Pakatan Pembangkang masih lagi belum membuat sebarang keputusan. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger