PKR HIDUP KERANA ANWAR, PKR MUSNAH JUGA KERANA ANWAR


Wujudnya Parti Keadilan Rakyat adalah kerana Anwar Ibrahim. Dan, hancurnya PKR juga kerana Anwar Ibrahim.

“Can PKR remain the core of the (opposition) pact and can a pact like this convince the people that it can guarantee a better future for the people and the country compared to Umno and the BN (Barisan Nasional), which have been building the country over the past 50 years?”.

Former Finance Minister, Tun Daim Zainuddin

Berkemungkinan PKR hancur kerana Anwar Ibrahim tidak dapat dielakkan kerana kes liwat Anwar hanya menunggu masa untuk pengakhirannya. Terbaru, isu video Anwar Ibrahim bersama pelacur yang dirakam di sebuah tempat eksklusif dan dijadikan video. Bagaimanapun, isu terbaru itu tidak menjejaskan kes liwat Anwar Ibrahim di mahkamah memandangkan kedua-dua kes itu adalah berbeza dan cuma pelakunya sama.

Menceritakan kewujudan PKR, KeADILan ditubuhkan bagi tujuan meraih simpati dan membebaskan Anwar Ibrahim dari penjara. Melalui platform KeADILan, ‘orang-orang’ Anwar Ibrahim merancang pelbagai strategi bagi mendesak kerajaan membebaskan Anwar Ibrahim daripada penjara dan tidak segan silu menggunakan saluran antarabangsa bagi mendapatkan sokongan dengan memburukkan nama Malaysia di luar negara.

Sewajarnya Anwar Ibrahim tidak layak dipanggil warganegara Malaysia memandangkan tindakannya yang memburukkan nama Malaysia dan pemimpinnya di merata negara. Masihkan anda ingat bagaimana Anwar Ibrahim memburukkan pemimpin negara dan Malaysia di Indonesia, Australia dan Amerika Syarikat (banyak lagi negara hanya sekadar contoh) hanya kerana mahu negara luar memandang rendah terhadap keupayaan pemimpin BN.

Tidak cukup dengan itu, Anwar Ibrahim sanggup memberikan pelbagai jolokan dengan kepimpinan negara hanya kerana mahu rakyat membenci kerajaan dan pemimpin. Apakah pemimpin sebegini yang dimahukan rakyat yang tidak sudah-sudah menimbulkan kebencian terhadap orang lain? Islam tidak menggalakkan sesama Islam untuk membenci sebaliknya saling hormat menghormati.

Sebagai pemimpin Islam, Anwar Ibrahim tidak sesekali mempraktikkan apa yang diajar agama untuk menjadi seorang pemimpin. Kenapa? Sebab, pemimpin Islam tidak membenci malah memfitnah pemimpin Islam lain atau bukan Islam hanya kerana mahukan kuasa.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger