PEMUDA PBB SARAWAK MAHU SEHEBAT PEMUDA UMNO



Gelombang Biru yang dicetuskan BN Sarawak dalam Konvensyen BN di Kuching pada minggu lepas telah bersepakat akan terus mengukuhkan hubungan antara parti-parti kompenan sebagai transformasi seperti yang dikehendaki Perdana Menteri Malaysia.

Dalam Konvensyen BN itu, pelbagai cadangan, pendapat, komen, pandangan mahupun kenyataan yang diberikan oleh wakil-wakil parti kompenan BN dalam usaha untuk memantapkan lagi hubungan dan kerjasama BN Sarawak serta mencapai kemenangan 100 peratus BN dalam Pilihan Raya DUN Sarawak.

Tumpuan Konvensyen BN pastinya ke arah persediaan menghadapi Pilihan Raya DUN Sarawak yang akan diadakan pada bila-bila masa dan meneruskan agenda politik pembangunan bagi meneruskan wawasan Sarawak mencapai negeri maju tahun 2030.

Di sebalik kesepakatan BN Sarawak dalam persediaan menghadapi Pilihan Raya DUN Sarawak, kedengaran suara-suara sumbang yang menyentap semangat BN Sarawak terutamanya Pemuda PBB Sarawak.

Tindakan suara-suara sumbang ini sebenarnya yang mahu menghancurkan kesepakatan Pemuda PBB dan BN Sarawak secara keseluruhannya lebih-lebih lagi menjelang Pilihan Raya DUN Sarawak.

Apakah salah sekiranya Ketua Pemuda PBB Sarawak  mahukan  lebih ramai Pemuda PBB Sarawak lahir sebagai pemidato seperti mana yang ditonjolkan UMNO dalam setiap Perhimpunan UMNO? Dalam konteks politik Malaysia, kemahiran dan kecekapan pemidato Pemuda UMNO perlu dijadikan landasan untuk Pemuda PBB Sarawak melahirkan lebih ramai pemidato terbaik dalam menghakis hujah-hujah Pakatan Pembangkang.


Kesudiaan Ketua Pemuda PBB, Datuk Fadilah Yusof memberikan ruang dan peluang kepada anggota AJK Pemuda PBB, Wan Hamzah Wan Paie untuk berucap dan mewakili Pemuda PBB Sarawak bukanlah keputusan seorang malah telah direstui oleh kebanyakan AJK Pemuda PBB Sarawak. Difahamkan, AJK Pemuda PBB telah berbincang dahulu mengenai intipati ucapan bagi mengiringi ucapan dasar Pengerusi BN Sarawak.  

Tindakan Pemuda PBB Sarawak yang memberikan ruang kepada AJK Pemuda PBB dalam menyampaikan ucapan telah membuktikan bahawa Pemuda PBB Sarawak sebenarnya mempunyai ramai pemidato berkemahiran. Medan sebegini perlu dijadikan paltform untuk Pemuda PBB Sarawak menyahut seruan Pengerusi BN Sarawak, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan membuktikan Pemuda PBB Sarawak mempunyai pemimpin pelapis yang berkemahiran untuk politik Sarawak akan datang.

Berfikiran positif boleh menyebabkan usia hidup kita panjang berbanding berfikiran negatif boleh memendekkan usia. Renung-renungkan dan selamat beramal....
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

March 12, 2011 at 11:25 AM

"PEMUDA PBB SARAWAK MAHU SEHEBAT PEMUDA UMNO"

Sewajarnya dalam konvensyen yang melibatkan semua parti komponen dalam BN, Ketua Pemudanyalah yang akan berucap. Ini tidak, Ketua Pemuda PBB diwakil oleh exco biasa yang pernah kena siasat SPRM. Mana Ketua Pemuda PBB ??? Takut nak berucap ata tak pandai nak berucap depan khalayak?
Sepekara lagi yang saya perhati semasa penghujung majlis konvensyen, apabila semua president parti komponen, iaitu PBB, SUPP, SPDP & PRS dijemput ke depan "stage" untuk menanda perpaduan dengan mengangkat tangan bersama-sama. Kelihatan turut serta ialah adun N36 Semop, tampil ke hadapan bersama semua president parti ini. Ramai yang tertanya, Asfia president parti apa?

Tak sedar diri, beliau hanya seorang pengerusi tetap PBB sahaja dan berperanan menjalankan tugas mempengerusi masyuarat/konvensyen dalam PBB sahaja!

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger