PAS TUKAR NAMA KAMPUNG PASIR LUTONG KEPADA KAMPUNG PAS


Gambar hasil paksaan PAS 

Belum lagi masa mengundi, apatah lagi mengumumkan keputusan, PAS yang bermimpi bertapak di Sarawak sudah mula menunjukkan belangnya dengan mendakwa mendapat persetujuan penduduk Kampung Pasir Lutong untuk menukarkan nama kampung mereka kepada Kampung PAS.

PAS mula berlagak seperti berkuasa setelah mendapat lampu hijau dari Anwar Ibrahim untuk bertanding di 5 kerusi dalam Pilihan Raya DUN Sarawak.

Ketua PAS Miri, Jofri Jaraiee mendakwa penduduk Kampung Pasir Lutong telah sebulat suara bersetuju mengubah nama kampung itu kepada nama PAS.

Bagi membenarkan dakwaan itu, PAS membuat cerita bahawa penduduk sudah bosan dengan kerajaan BN disebabkan keperluan pembangunan dan tidak menikmati kemudahan asas elektrik.

PAS ternyata ketandusan idea dan sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai cita-citanya sehingga sanggup berbohong.

Bagaimanapun, dakwaan PAS itu segera disangkal Ketua Kampung Pasir Lutong, En Sanday Madang. Malah beliau terkejut dengan kenyataan tersebut dan dakwaan penduduk Kampung Pasir bersetuju untuk menukar nama kampung itu kepada Kampung PAS.

Adalah mustahil penduduk Kampung Pasir Lutong mahu sewenang-wenangnya menukarkan nama kampung begitu sahaja lebih-lebih lagi nama sebuah parti politik. Kebanyakan penduduk kampung merupakan penyokong kuat BN dan tidak mudah parti pembangkang untuk bertapak di kampung itu.

Kampung Pasir Lutong mempunyai 4,000 penduduk daripada pelbagai kaum seperti Iban, Cina, Kelabit, Melayu dan sebagainya. Walau bagaimanpun, daripada jumlah itu hanya 700 penduduk sahaja yang layak mengundi.

Menjelaskan motif sebenar PAS itu semata-mata bertujuan untuk meraih populariti murahan menjelang Pilihan Raya DUN Sarawak. Selama PAS bertapak di Sarawak, rakyat Sarawak masih tidak dapat menerima kehadirannya yang dianggap sudah jauh menyimpang jauh daripada ajaran sebenar Islam. Justeru, dalam pilihan raya kali ini, mereka berusaha untuk menampakkan diri mereka sebagai telah diterima oleh rakyat Sarawak walaupun hakikatnya PAS semakin tidak diterima rakyat Sarawak.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

March 29, 2011 at 9:58 PM

layarilah www.freemalaysiakini.com , percuma untuk anda tanpa perlu membayar satu sen pun

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger