MASYARAKAT DAYAK BERTUAH HIDUP DI BAWAH PEMERINTAHAN BN SARAWAK



Menjelang Pilihan Raya DUN Sarawak sebelum ini, sentimen Dayakisme sering menjadi senjata Pakatan Pembangkang dalam menanam kebencian rakyat Sarawak terutama masyarakat Dayak terhadap BN Sarawak.

Dayak merupakan kumpulan majoriti yang mendiami Sarawak yang merupakan penduduk Bumiputera yang asal selain masyarakat Melayu. Sejak Sarawak menyertai Malaysia, masyarakat Dayak tidak pernah ditindas mahupun dianaktiri oleh pemimpin BN Sarawak mahupun pemimpin BN Malaysia. Bahkan dalam perlembagaan, hak dan keistimewaan kumpulan Dayak ini terpelihara seperti mana kaum Melayu.

Dalam perkembangan pilitik Sarawak kini, Pakatan Pembangkang telah menggunakan taktik dan strategi membangkitkan semangat Dayakisme bagi membenci kerajaan. Apakah kerajaan selama ini tidak menjaga dan memelihara kepentingan kumpulan masyarakat Dayak?

Situasi ini sengaja diadakan Pakatan Pembangkang menerusi bloggers propembangkang mahupun ahli-ahli dan pemimpin Pakatan Pembangkang. Mereka mengetahui melalui cara ini, undi terhadap BN akan berkurangan dan menyokong Pakatan Pembangkang. Mereka sanggup melakukan apa saja walaupun terpakasa berbohong dan melaksanakan fitnah bagi mendapatkan sokongan.

Sangkaan mereka masyarakat Dayak tinggal di luar bandar dan pedalaman tidak berpengetahuan dan tidak mengetahui perkara-perkara di luar. Dengan kebanyakan mereka buta huruf dan mudah diperalatkan membuatkan mereka terpedaya dengan mainan Pakatan Pembangkang. Malah mereka telah menanam kebencian kepada masyarakat Dayak dengan menyebarkan pelbagai dakyah kononnya kerajaan tidak membantu masyarakat Dayak.

Serangan terhadap masyarakat Dayak segera ditangkis oleh pemimpin BN yang berketurunan Dayak bagi memperjelaskan kepada rakyat bahawa dakwaan dan tohmanan kononnya kerajaan mengabaikan kepentingan masyarakat Dayak adalah suatu pembohongan yang nyata.

“Masyarakat Dayak di Sarawak sentiasa mendapat perhatian kerajaan Persekutuan dalam pelbagai program pembangunan sosio ekonomi mereka”.

Naib Presiden Kanan PBB, Datuk Seri Douglas Uggah Embas

Komitmen Kerajaan BN terhadap kepentingan masyarakat Dayak dapat dilihat dengan penubuhan Jawatankuasa Kabinet untuk Bumiputera Sabah dan Sarawak yang dipengerusikan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan dianggotai oleh semua menteri-menteri Bumiputera dari kedua-dua negeri terbabit.

"Jawatankuasa yang bersidang dua kali setahun ini antara lain meneliti dan mengatur strategi pembangunan Bumiputera di Sabah dan Sarawak supaya mereka mendapat manfaat pembangunan".

Naib Presiden Kanan PBB, Datuk Seri Douglas Uggah Embas

Menurutnya lagi, satu jawatankuasa teknikal di bawah Jawatankuasa Kabinet turut ditubuhkan untuk memantau pelaksanaan projek-projek terutama pembangunan infrastruktur di pedalaman. Jawatankuasa teknikal itu dipengerusikan oleh Menteri Industri Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Dompok dan Datuk Seri Douglas Uggah Embas sebagai Timbalan Pengerusi.

Antara perkara yang telah dilakukan jawatankuasa teknikal itu adalah melonggarkan syarat kemasukan di institusi latihan perguruan bagi membolehkan lebih ramai Bumiputera dari Sabah dan Sarawak memasukinya.

Kebijaksanaan Ketua Menteri Sarawak dalam mentadbir Sarawk dengan melibatkan pemimpin-pemimpin berketurunan Dayak dalam membuat keputusan menunjukkan peranan mereka sentiasa relevan dengan kehendak dan keperluan Sarawak. Justeru, tiada timbul bahawa kerajaan mengabaikan kepentingan masyarakat Dayak sepertimana yang dilaporkan blog-blog yang propembangkang.


SNAP yang diwakili majoriti Dayak dilihat membawa sentimen Dayak dalam menarik perhatian pengundi terutama di kawasan-kawasan luar bandar dan pedalaman. Kononnya BN mengabaikan kepentingan masyarakat Dayak dan kemunculan SNAP kembali dalam arena politik adalah untuk mempertahankan apa yang sepatutnya mereka dapat. Selama BN berkhidmat di Sarawak, kepentingan masyarakat Dayak dan kaum-kaum lain sentiasa dipelihara.

Tindakan SNAP dan PKR yang didakwa akan terus memainkan isu perkauman dijangka tidak mendapat sambutan memandangkan rakyat Sarawak kini sedar bahawa sehingga kini kehidupan mereka yang berbilang kaum di bawah pemerintahan Bn sentiasa terpelihara. Keadaan Pulau Pinang yang rakyat tempatan telah ditindas dan diusir daripada negeri sendiri telah menyebabkan rakyat Sarawak menolak kepimpinan Pakatan Pembangkang yang cakap tak serupa bikin.

Rasanya masih belum terlambat untuk menyelamatkan Sarawak daripada kuasa mutlak Pakatan Pembangkang yang hanya memfokuskan untuk mendapat kuasa. 
Share this article :
 

+ comments + 2 comments

Anonymous
April 12, 2013 at 1:06 AM

TERIMA KASIH AKI UBAN LABAN ENDA KALA MINTA CUKAI ARI TANAH KAMI DAYAK ari suba.Enti dibayar cukai tanah baka di semenanjung bulu bok pan enda cukup .Anang ka ngenemu kediri ngasoh parti ari semenanjung marintah sarawak.
KA NIMBAK RUSA TANG TETIMBAK KA AJI BULAN.

Anonymous
April 16, 2013 at 12:03 AM

BN paling sesuai untuk kami dayak
1 BN tidak mengutip cukai dari ladang getah
2 bn tidak mengutip cukai dari apa juga ternakan yang di dipelihara walau sebesar manapun
3 BN memberi baja racun wang tunai untuk memulakan penenaman kelapa sawit koko dan sebagainya
4 BN meminta kebenaran sekiranya ada projek yang hendak dibina di tanah iban
5 BN tidak mengutip cukai seberapa banyak pendapatan orang ibandari hasil ladang atau ternakan mereka.
Orang iban yang paling senang dan bebas untuk mencari pendapatan tanpa membeli tanah menyewa dan sebagainya.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger