KONFLIK PAKATAN PEMBANGKANG SEMAKIN PARAH



Sebelum ini PKR dan DAP tidak gentar dengan tindakan SNAP yang telah mengumumkan 27 calonnya bagi menghadapi Pilihan Raya DUN Sarawak. Malah, PKR dan DAP dengan yakin bahawa mereka dapat mencapai persetujuan dan bekerjsama dalam menghadapi tentangan BN dan SNAP.

Bagaimanapun, PKR dan DAP yang telah bermesyuarat di Kuala Lumpur bagi membincangkan pembahagian kerusi kedua-dua mereka difahamkan telah menemui jalan buntu.

“Saya diamanahkan untuk memberitahu anda (pemberita) mengenai berita sedih bahawa mesyuarat untuk rundingan kerusi tidak berjaya”.

Setiausaha DAP Sarawak, Chong Chieng Jen

Sambil menyifatkan PKR tidak ikhlas sehingga menyebabkan kegagalan rundingan itu.

Kesan daripada mesyuarat itu, PKR dan DAP akan memperlihatkan pertembungan sesama mereka di 18 kerusi antaranya DUN Padungan, DUN Pending, DUN Batu Lintang, DUN Batu Kawah, DUN Kota Sentosa, DUN Simanggang, DUN Balai Ringin, DUN Bukit Assek, DUN Pelawan, DUN Dudong, DUN Bawang Assan, DUN Repok, DUN Meradong, DUN Kidurong, DUN Senadin, DUN Piasau, DUN Pujut dan DUN Bukit Kota.

Dalam mesyuarat itu, PKR diwakili Timbalan Presidennya, Azmin Ali dan DAP diwakili DAP Sarawak, Richard Wong Ho Leng dan Pengerusi Biro Pilihan Raya Tan Kok Wai. Di manakah Baru Bian, Pengerusi PKR Sarawak dalam mesyuarat itu?

DAP berpendirian tegas untuk bertanding di 18 kerusi selepas menawarkan Padungan dan Senadin kepada PKR, tetapi masih tidak memuaskan hati PKR. DAP terpaksa mengambil kaedah itu dalam mengelakkan pertandingan sesama mereka. Tetapi, tawaran itu tidak memuaskan hati PKR.


Sebelum ini PKR meminta untuk bertanding di Balai Ringin, Batu Kawah dan Dudong. Bagaimanapun, tawaran PKR itu tidak dipersetujui DAP yang berkeras mahu bertanding di kawasan tersebut. Untuk tidak menyerahkan tiga kawasan itu, DAP telah memberikan DUN Padungan dan DUN Senadin.

“Kami beri betis, mereka (PKR) mahukan paha. Kami tidak akan saling bertukar apa yang menjadi milik kami dan ia memberi kami sebarang pilihan lain melainkan kekal kepada 18 kerusi tersebut”.

Setiausaha DAP Sarawak, Chong Chieng Jen

Perkembangan ini menyaksikan pertindihan kerusi klimaks kepada keretakan terus hubungan Pakatan Pembangkang. Apakah parti ini yang dimahukan rakyat Sarawak untuk memerintah sedangkan masalah dalaman parti sendiri tidak dapat diselesaikan?

Sebelum Sarawak menjadi huru hara dek kerana penangan Pakatan Pembangkang, adalah lebih baik rakyat Sarawak menilai kembali sokongan kepada Pakatan Pembangkang ekoran situasi keretakan terkini hubungan Pakatan Pembangkang. 
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

March 26, 2011 at 7:04 PM

dulu bukan main angkuh bang baru bian, sekarang baru tahu langit tinggi rendah...

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger