KETUA PKR CABANG MIRI BUAT AKTIVITI PENGGUGURAN BAYI



Apakah Rakyat Miri sanggup menerima "pembunuh" seperti Dr Micheal Teo sebagai calon mereka dan mengangkat calon PKR ini sebagai ADUN mereka?

Ketika Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim telahpun menikmati nikmat ‘berseks’ sama ada secara sah, haram (rogol pelacur) mahupun songsang (liwat), pengikut PKR di Sarawak tidak kurang hebatnya.

Penemuan beberapa teman bloggers sewaktu berkampung di Miri minggu lalu telah menemui sesuatu berita yang amat mengejutkan, tetapi tidaklah sehingga terkejut beruk. Apabila berita yang disampaikan itu membabitkan pemimpin PKR, rasanya tiada kejutan kerana difahamkan semua pemimpin PKR bersikap sebegitu.

Perlakuan ‘kejam’ pemimpin PKR yang berpusat di Miri dan dijangka akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-10 nanti sangat memberikan kesan negatif kepada rakyat Sarawak terutama masyarakat Miri.

Cuba bayangkan ‘pemimpin’ yang dipilih rakyat melalui undi atas kepercayaan telah tergamak melakukan pengguguran bayi? Apakah perbuatan pemimpin yang bergelar ‘Dr’ itu boleh diumpamakan sebagai kebinatangan? Tidakkah dalam fikirannya terfikir akan dosa yang akan dilakukannya hanya kerana mahukan keuntungan yang banyak?

Itulah yang berlaku ke atas Ketua PKR Cabang Miri, Dr Michael Teo Yu Ken yang melakukan perbuatan menggugurkan anak. Perbuatan ini dilakukan di kliniknya Teo’s Clinic bagi menyembunyikan aktivitinya daripada tersebar luas ke pengetahuan umum. Kebanyakan pelanggan-pelanggan Dr Teo ini terdiri daripada wanita-wanita mengandung anak luar nikah.

Dalam kepercayaan masyarakat Cina di Miri, sekiranya pasangan suami isteri mendapat anak perempuan adalah satu ‘sial’ dan boleh membuatkan kemudaratan kepada keluarga itu. Oleh sebab itu, sebelum bayi itu lahir ke dunia, kebanyakan mereka mengambil jalan mudah dengan menggugurkan kandungan itu.

Selain pasangan suami isteri, klien Dr Teo juga merangkumi perempuan simpanan atau mistress dan pelajar-pelajar yang telah terlanjur dan mengandung. Walaupun perkara ini sukar untuk dipercayai disebabkan pandangan luaran Dr Teo yang ‘baik’, tetapi telah beberapa kali janin-janin yang tidak cukup bulan ditemui di dalam tong-tong sampah berhampiran klinik berkenaan.

Tak sanggup letak gambar janin dibuang

Maklumat ini bukanlah rekaan sebaliknya diperolehi daripada hasil temu bual dengan penduduk dan pemandu teksi yang sangat khuatir tentang perbuatan ini dalam masyarakat. Menurut penduduk di situ, mereka tidak tahu bagaimana hendak memaklumkan perkara ini memandangkan Dr Michael Yu Ken ini merupakan seorang ahli politik.

Dalam masa pengundian hanya tinggal beberapa saja lagi, rakyat Sarawak terutama mereka yang berada di Miri perlu segera menilai perlakuan dan tindakan pemimpin-pemimpin PKR dan Pakatan Pembangkang yang mempunyai perbuatan yang tidak selayaknya dipanggil pemimpin.

Berbohong dan berfitnah, kedua-dua itu adalah perbuatan yang lumrah bagi pemimpin-pemimpin Pakatan Pembangkang dalam usaha mencemar nama baik pemimpin BN yang ternyata telah berjaya menjalankan tugasnya dengan baik, tetapi bukan sempurna. Kesempurnaan itu hanya Tuhan saja yang dapat melakukannya memandangkan manusia mempunyai kelemahan.

Bagaimanapun, kelemahan manusia bukanlah sehingga menggugurkan bayi dalam kandungan kerana perbuatan itu diibaratkan seperti kebinatangan. Sedangkan haiwan sayangkan anaknya apatah lagi manusia yang zuriat itu merupakan pewaris dan anugerah Tuhan yang tiada nilainya.

Kredit kepada blogger 1Malaysia dan blogger 1Sarawak

Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger