HARI TERAKHIR KEMPEN, PAS SEMAKIN PANAS GELISAH



Semakin menuju ke hari terakhir, PAS dilihat semakin panas. Manakan tidak, sebelum ini kempen PAS dalam PRK DUN Kerdau dan DUN Merlimau bukan sahaja hambar malah tidak mendapat sambutan daripada rakyat Kerdau dan rakyat Merlimau.

Taktik PAS yang membawa masuk Raja Lawak Bob Marley Lokman ke pentas kempen PAS bukan sahaja mengundang malapetaka bahkan kreadibiliti Bob Marley Lokman juga dipersoalkan. Selain memburukkan kerjaya artis secara keseluruhan disebabkan keceluparan Bob Marley Lokman menghina calon BN, Syed Ibrahim dengan mengatakan keturunan Syed Ibrahim itu layak dipanggil ‘Syed Kick’.

Mengaibkan calon BN dengan mempersoalkan ijazah yang diterima Syed Ibrahim daripada Universiti Al-Azhar juga telah dipatahkan. Sambil tidak percaya bahawa ada juga calon BN yang mempunyai ijazah bahasa Arab daripada Univerisiti Al-Azhar, PAS membuat fitnah dengan mengatakan Syed Ibrahim tidak habis belajar dan mendapat ijazah palsu. Apakah hanya calon PAS sahaja yang layak mempunyai ijazah daripada Universiti Al-Azhar?

Setiap kali calon PAS bertanding, Nik Aziz pastinya cuba mempertahankan calon PAS malah berusaha mendapat sebanyak mungkin sokongan ke atas PAS dengan mengemukakan fatwa-fatwa terbaru. Tindakan Nik Aziz yang membenarkan penggunaan agama dalam kempen politik PAS ternyata tidak disenangi banyak pihak termasuklah institusi keagamaan. Malah, tindakan Nik Aziz itu hanya bersifat politik sempit dan Nik Aziz tidak layak dipanggil Mursyidul Am sebaliknya layak dipanggil ‘pelakon’.


Tindakan PAS membawa Anwar Ibrahim ke gelanggang kempen PAS juga telah memakan diri PAS. Anwar Ibrahim yang kini sedang melalui perbicaraan kes liwatnya yang telah mencatat rekod dunia kerana berjaya memanjangkan tempoh perbicaraan kes liwatnya. Hanya berceramah kira-kira 20 minit dan intipati ceramahnya lebih kepada meraih simpati dengan menganggap dirinya dianiaya dalam kes liwat dan meminta rakyat menyokongnya. Anwar Ibrahim langsung tidak bercakap mengenai calon PAS DUN Kerdau.

Tidak cukup menyerang menggunakan mulut dan alam siber, PAS sanggup menyeru ahli-ahli PAS memerangi ahli-ahli UMNO dengan menggunakan senjata. Ini diakui sendiri oleh bekas penyokong fanatik PAS, Rashid Wahab. Disebabkan ketaksuban Rashid terhadap amanah Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, beliau terpaksa meringkuk dalam penjara apabila ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebanyak tiga kali.

Taktik kotor PAS dalam PRK kali ini mudah dihidu BN. Ini kerana beberapa ahli PAS yang telah ditangkap penyokong-penyokong BN kerana cuba mengintip pergerakan calon BN dan peraih undi BN. Kumpulan pengintip PAS itu dikenali sebagai ‘skuad kamera’ PAS.

Tidak cukup dengan itu, PAS juga telah menggerakkan ahli-ahli wanita PAS untuk menyelinap masuk ke kumpulan Wanita dan Puteri UMNO ketika berkempen. Perlakuan ahli-ahli wanita PAS ini telah berjaya ditangkap Wanita dan Puteri UMNO sehingga memaksa Ketua Wanita UMNO melontarkan amaran kepada PAS.


Dalam usaha PAS meraih simpati dan undi kesian daripada Orang Asli, Nik Aziz sanggup berkata bahawa beliau tidak kisah jika dilahirkan sebagai Orang Asli dan tidak meminta untuk dilahirkan sebagai orang Melayu. Kalau Nik Aziz dilahirkan dalam etnik Orang Asli, apakah pula nama Orang Aslinya? Sebelum itu, Nik Aziz telah menghina Orang Asli di Kelantan dengan mempermainkan nama ‘Jakun’. Tidak cukup dengan itu, Nik Aziz telah dikatakan merampas tanah milik Orang Asli di Kelantan sehingga menyebabkan mereka kehilangan hak tanah adat yang diperturunkan dari datuk nenek moyang mereka.

Yang paling menyedihkan, PAS sanggup memperkotakkatikan orang Melayu di Kerdau dan Merlimau kerana sokongan mereka terhadap BN semakin meningkat. Ekoran daripada itu, PAS telah mengadakan pelbagai fitnah bagi memecahbelahkan orang Melayu. Tidak cukup dengan itu, PAS telah menjadi batu api di kalangan kaum Cina dan India di Kerdau dan Merlimau dengan melaga-lagakan kedua-dua kaum itu untuk tidak menyokong BN.

Mengikut firasat dan terjemahan kempen sepanjang PRK ini, adalah tidak mustahil calon BN di Kerdau dan Merlimau akan mencatat keputusan yang sangat memuaskan. Memuaskan di sini bermaksud menang majoriti besar dan calon PAS hilang wang pertaruhan. 
Share this article :
 

+ comments + 2 comments

Anonymous
March 5, 2011 at 11:06 PM

macam bagus puak BABI NEGARA NI..

Anonymous
May 26, 2011 at 4:50 PM

Demo memang suka memaki orang.. PAS bukan Parti Islam...lihat betul-betul... Parti Ajaran Sesat..

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger