GAGAL DI PADANG MERDEKA, DEMO KAT LONDON PULA



Setelah gagal menghuru-harakan Sarawak dalam cubaan mengadakan demontrasi ala Mesir yang dianjurkan Pakatan Pembangkang di Padang Merdeka pada 20 Februari lepas, mereka terpaksa mengalihkan destinasi demo ala Mesir ke luar negara. Negara pilihan pastinya di London.

Hasrat untuk mengumpulkan 10,000 penyokong dan pengunjung dalam mengadakan demontrasi ala Mesir bagi meminta Ketua Menteri Sarawak berundur tidak kesampaian. Ini disebabkan kecekapan pihak polis yang telah melakukan persiapan bagi membendung dan menghalang demontrasi ini diadakan. Begitu juga dengan risikan dan sms yang disebarkan melalui handphone tidak sampai ke sasaran.

Demontrasi yang dianjurkan Pakatan Pembangkang ini merupakan satu kelaziman bagi mereka dalam memperjuangkan kebenaran. Kebenaran konon. Menghuru-hara dan membuat kacau bilau lagilah ada.



Rentetan daripada lawatan singkat Maulidur Rasul Anwar Al-Juburi ke Sarawak seelum ini yang mendesak penyokong-penyokong Pakatan Pembangkang membuat protes seperti mengadakan demontrasi ala Mesir bagi mendesak Pehin Sri berundur daripada jawatan Ketua Menteri Sarawak.

Siapa Anwar al-Juburi yang mahu rakyat Sarawak mengadakan demontrasi? Sebelum ini rakyat Sarawak tidak pernah melakukan perbuatan terkutuk sebegitu bahkan pemerintahan BN Sarawak selepas kemasukan Sarawak dalam Malaysia telah mencapai kejayaan dan membawa kemakmuran kepada rakyatnya. Tindakan Anwar al-Juburi itu dianggap jahat dan menghinakan rakyat Sarawak.

Sekiranya demontrasi ini berlaku, siapakah yang akan beruntung? Pastinya Anwar al-Juburi dan rakan-rakannya dalam Pakatan Pembangkang. Yang rugi, tentunya rakyat Sarawak. Setelah mengalami kehancuran, rakyat Sarawak hidup dalam keadaan tidak aman dan mengancam keselamatan.


Justeru, kegagalan di Padang Merdeka tidak melemahkan semangat Pakatan Pembangkang. Justeru, Pakatan Pembangkang telah meminta Peter John pengendali Sarawakreport dan Radio Free Sarawak.

Berbekalkan 100 pound yang diterima daripada Bruno Manser Fund, sejumlah HANYA 30 orang sahaja yang menyertai perhimpunan itu bagi mendesak Ketua Menteri Sarawak berundur. Mereka berkumpul di luar bangunan Central London.

Kebanyakan mereka yang terlibat dalam perhimpunan itu adalah di kalangan ‘mat salleh’. Malah, mereka ini langsung tidak tahu mahupun mengenali Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak.

Sambil membawa poster tentang hutan, tentang balak, tentang minyak dan banyak lagi, satu benda pun mat salleh ini tidak mengenali Sarawak. Malah, mereka ini hanya diminta untuk mengangkat poster. Lepas itu diambil gambar. Kata, orang mat salleh pun tidak suka Ketua Menteri Sarawak.

Melihat kepada tindakan Pakatan Pembangkang baik di Sarawak mahupun di luar negara, mereka ini sudah tidak mendapat sokongan rakyat. Rakyat Sarawak amat cintakan keamanan dan kesejahteraan, tetapi kemasukan Pakatan Pembangkang ke Sarawak telah banyak menyusahkan.

Sepanjang pentadbiran BN Sarawak, rakyat Sarawak hidup aman dan penuh perpaduan. Namun, kedatangan PKR, DAP dan PAS bukan sahaja telah menghuru-harakan Sarawak bahkan membawa Sarawak ke arah kebankrapan dan kehancuran. 
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

March 2, 2011 at 12:57 AM

Harap support dah canang seluruh Sarawak Cu
http://sebanaku2u.blogspot.com/2011/03/berapa-apai-dapat-sebulan-sebagai-dj.html

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger