DUN KERDAU + DUN MERLIMAU = SELAMAT MENGUNDI BN



Hari ini, 6 Mac 2011, kuasa penentu siapa wakil rakyat DUN Kerdau dan DUN Merlimau akan ditentukan rakyat. Hari ini rakyat berkuasa dan setiap undi adalah berharga. Gunakanlah peluang yang ada ini dinikmati dengan seadanya dengan mengundi calon yang benar-benar mampu mewakili rakyat Kerdau dan Merlimau.

Sepanjang tempoh berkempen, rakyat telah disajikan dengan pelbagai pembongkaran yang eksklusif daripada pemimpin dan ahli BN sama ada daripada UMNO, MCA dan MIC. Tidak kurang juga kompenan BN dari Sabah dan Sarawak yang datang ke penamaan calon bagi memberikan sokongan moral kepada calon-calon BN di Kerdau dan Merlimau sebagai menandakan BN mengamalkan 1Malaysia.

Di sebalik pemimpin dan ahloi BN membongkar satu persatu rahsia Pakatan Haram, PAS yang bertanding di kedua-dua DUN menggunakan taktik kotor dengan menyelinap masuk ke dalam kem UMNO. Di sebalik itu juga, PAS yang cuba membawa Anwar al-Juburi tidak dapat melakukan apa-apa kerana ceramah Anwar lebih kepada mempertahankan dirinya.

Dalam kegopohan PAS mencari kelemahan BN dan calon BN, terdapat banyak insiden kotor yang terpalit sendiri ke atas pemimpin-pemimpin PAS. Ini banyak dibongkar oleh bloggers nyamuk yang sememangnya dahagakan maklumat eksklusif. Di samping itu, bloggers pembangkang kini telah jauh ketinggalan dan banyak mengeluarkan fakta yang songsang seperti mana perlakuan Anwar Ibrahim.


Seperti biasa, pembuangan undi berlangsung dari jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang. Pengundi di Kerdau dan Merlimau perlu menggunakan kebijaksanaan mereka setelah masa tempoh masa berkempen tamat dan pelbagai hujah-hujah yang menarik dan bernas dalam mengupas berbagai isu bagi memberikan keyakinan kepada pengundi untuk memilih BN atau PAS sebagai calon mereka.

Dalam meniti pembangunan yang berterusan, rakyat harus segera menolak kepimpinan pembangkang sekiranya tidak mahu melihat Kerdau dan Merlimau sama seperti Pulau Pinang, Selangor, Kelantan dan Kedah. Sepanjang pemerintahan Pakatan Haram, negeri-negeri yang diperintahnya bukan sahaja mengalami defisit malah rakyat tempatannya terpaksa merempat di negeri sendiri.

Oleh itu, rakyat di Kerdau dan Merlimau perlu menggunakan kebijaksanaan mereka untuk mengembalikan kegemilangan BN dan menjadikan PRK ini sebagai asas kepada perjuangan demi agama, bangsa dan tanahair.

Selamat Mengundi dan Setiap Undi Adalah Berharga.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger