DAP PERGUNAKAN KES DOMINIQUE NG UNTUK BERTANDING DI DUN PADUNGAN



Sekiranya Dominique Ng diisytiharkan muflis dalam kes saman malu ini, maka beliau tidak akan dibenarkan bertanding dalam Pilihan Raya DUN Sarawak akan datang.

Inilah sebenarnya yang dimahukan DAP bagi mendapatkan kerusi DUN Padungan. Sebelum ini, DAP telah cuba untuk berkrompomi untuk mendapatkan kerusi DUN Padungan daripada PKR, namun Dominique Ng tetap berkeras untuk mempertahankannya. Sambil menyatakan bahawa rakyat di Padungan masih perlukan khidmatnya sebagai wakil rakyat.

Dalam Pilihan Raya DUN Sarawak 2006, Dominique Ng merupakan satu-satunya calon PKR yang berjaya menempatkan diri dalam kelompok pembangkang yang dikuasai DAP. Dominique Ng telah menewaskan calon DAP dengan majoriti yang agak besar.

Bagaimanapun, Dominique Ng ketika ini dilihat sukar untuk mempertahankan dan mengekalkan kedudukannya di DUN Padungan berasaskan situasi semasa dalam kes saman malu Chong Chieng Jen.

Sebelum ini, Baru Bian kerap kali menegaskan bahawa hubungan PKR dengan parti pembangkang lain berada dalam suasana aman damai. Namun, hakikatnya Pakatan Pembangkang mengalami masalah dalaman yang agak serius. Ketika ini, Pakatan Pembangkang berlakon kepada rakyat mengenai perhubungan mereka yang diibaratkan retak menanti belah.

Sekiranya, DAP mempunyai hubungan yang baik dengan PKR, pastinya Chong Chieng Jen dan DAP merelakan hukuman ke atas Dominique Ng ini diketepikan atas dasar Pakatan. Tetapi, atas sebab motif utamanya untuk mendapatkan kerusi DUN Padungan, maka DAP tetap meneruskan hukuman yang diarahkan mahkamah.

DAP pastinya mahu melihat Dominique Ng kehilangan statusnya sebagai calon PKR dan Pakatan Pembangkang. Dengan ini, secara automatik DUN Padungan akan diambil alih DAP. Diberitakan calon DAP di DUN Padungan pada Pilihan Raya DUN Sarawak akan datang pastinya Chong Chieng Jen. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger