CABARAN SNAP BUKAN BN, TETAPI PKR



Sebelum ini bagai air dengan tebing dan bagai isi dengan kuku, tetapi kini umpama tom and jerry. Dahulunya atas nama Pakatan, tetapi kini atas nama lawan.

Politik boleh berubah dengan sekelip mata.

Pembahagian kerusi DUN Pakatan Pembangkang; PKR = 52 kerusi, DAP = 14 kerusi, PAS = 1 kerusi dan SNAP = 4 kerusi. Inilah kedudukan pembahagian kerusi DUN yang menjadi taruhan Pakatan Pembangkang.

Pembahagian yang dirancang PKR ini tidak menguntungkan DAP, PAS dan semestinya SNAP. Hakikatnya, DAP mahukan 20 kerusi dan PAS 6 kerusi. SNAP pula mengimpika 28 kerusi. Bagaimanapun, pembahagian ini tidak akan dapat dilaksanakan disebabkan jumlah kerusi yang diperuntukkan hanyalah 71 kerusi manakala jumlah keseluruhan kerusi yang diminta PKR, DAP, PAS dan SNAP berjumlah 106 kerusi.

Klimaks Pakatan Pembangkang, SNAP tidak berpuas hati dengan pembahagian kerusi DUN itu.

Krisis Pakatan Pembangkang sudah sampai ke telinga Anwar Ibrahim. Jawapan selamat Anwar Ibrahim, biarlah Pakatan Pembangkang Sarawak yang menyelesaikannya.

Disebabkan ketiadaan layanan seperti yang diharapkan, SNAP memutuskan untuk keluar Pakatan Pembangkang. Setelah persetujuan sesama ahli dicapai, Presiden SNAP, Edwin Dundang mengumumkan SNAP akan bertanding di 40 kawasan DUN Sarawak. Pengumuman telah dibuat pada ibu pejabat SNAP di Kuching.


Daripada 40 kawasan DUN, fasa pertama ini hanya 16 nama calon telah diumumkan dan diketahui. Selebihnya nanti akan dimaklumkan pada masa yang sesuai.

Berikut merupakan nama-nama calon SNAP yang akan menentang PKR antaranya;


1.             Stephen Sigar (DUN Opar)
2.              Frankie Jurem Nyumboi (DUN Tasik Biru)
3.              Richard Peter Munai (DUN Bengoh)
4.              Slyvester Belayong (DUN Kedup)
5.              Abang Othman Abang Haji Gom (DUN Lingga)
6.              Dan Giang (DUN Balai Ringin)
7.              Joe Unggang(DUN Layar)
8.              Dayrell Walter Entrie (DUN Bukit Saban)
9.              Tedong Jamal Abdullah (DUN Pakan)
10.           George Lagong (DUN Baleh)
11.          John Bampa (DUN Belaga)
12.          Johari Bujang (DUN Lambir)
13.          Edwin Dundang (DUN Mandi)
14.          Kebing Wan (DUN Telang Usan)
15.          Anthony Liman Sujang (DUN Krian)
16.          Augustine Liom (DUN Machan)

Pengumuman SNAP itu dibuat setelah mengambil kira SNAP sebagai parti tempatan dan tidak perlu tunduk kepada PKR yang dinaungi parti luar seperti PKR, DAP dan PAS.


Apakah yang menyebabkan SNAP sangat berani mengenengahkan calon mereka di saat PKR, DAP dan PAS masih lagi berunding mengenai pembahagian kawasan DUN yang ditandingi? Siapakah ‘orang’ di belakang SNAP yang mahu membantu parti itu melawan PKR?

Dalam pada itu, SNAP juga menyasarkan akan meletakkan calonnya di kawasan DUN majoriti masyarakat Dayak dan yang ditandingi PKR.

Jelas bahawa hasrat PKR untuk menentang BN secara satu lawan satu tidak akan terjadi. Keberanian SNAP ini sangat bersandarkan sokongan ahli-ahli hardcore mereka di setiap kawasan dan mampu menggugat BN dan PKR.

Senario terbaru dalam politik Sarawak, tiada lagi satu lawan satu, tetapi persaingan 3 penjuru dan berkemungkinan juga 4 penjuru yang membabitkan Bebas.
Share this article :
 

+ comments + 3 comments

Anonymous
March 16, 2011 at 11:38 PM

layarilah www.freemalaysiakini.com

March 18, 2011 at 1:01 PM

Salam wira kenyalang,

maaf sebab saya tak jumpa link untuk email terus kepada saudara.terpaksa menggunakan komen box. harap dapat reply.

saya merupakan salah seorg dari contributor dalam blog wayang kulit moden. http://wayangkulitmoden.blogspot.com

tujuan saya menulis kepada saudara adalah kerana saya sedang berada di kuching ketika ini.
saya ingin berhubung bagi mendapatkan input mengenai political di sarawak terutamanya kuching sendiri. termasuk beberapa dun marginal yang BN hampir tewas dulu. saudara tidak perlu bimbang kerana intention saya hanya untuk memastikan kemenangan kerajaan sekarang berterusan. saya tidak ada sebarang kepentingan politik di sarawak. selepas selesai tugas, saya akan kembali ke semenanjung.

niat saya juga agar pas, pkr dan anwar tidak dpt bertapak di sarawak ini.
saya baru sampai ke kuching dan akan tinggal di sini selama 5 hari.

jika dpt, saya harap saudara dpt menghubungi saya

suara asura,
49asura@gmail.com

March 18, 2011 at 2:55 PM

Bukan rahsia lagi apabila parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) menyuarakan sokongan terbuka mereka terhadap SNAP. Nampaknya, SNAP ada godfather baru

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger