BERTANDING 52 KERUSI DUN, PKR LEBIH DOMINAN DARIPADA DAP, SNAP DAN PAS



PKR Sarawak akan bertanding di 52 kerusi DUN Sarawak pada Pilihan Raya DUN Sarawak akan datang. Baru Bian dalam kenyataan akhbarnya menjelaskan PKR Sarawak telah bersedia dan berkeyakinan menang sekaligus menjadi parti dominan dalam Pakatan Pembangkang Sarawak.

Di samping itu, jumlah kerusi DUN Sarawak yang akan ditandingi PKR Sarawak dijangka akan bertambah sekiranya DAP, SNAP dan PAS tidak menolak kerusi DUN yang diberikan kepada mereka.

Baru Bian menambah PKR Sarawak juga bersedia untuk bertanding di kesemua kawasan DUN Sarawak termasuk di kawasan bandar yang menjadi tradisi DAP Sarawak.

Ketika ini PKR Sarawak telah mengenal pasti beberapa calon sesuai bagi membawa cabaran PKR dan Pakatan Sarawak.


Ketika ini Pakatan Pembangkang masih belum menyelesaikan 10 peratus kawasan DUN yang menjadi pertelingkahan PKR, DAP dan SNAP.

Dalam pada itu, SNAP yang meminta 28 kerusi DUN untuk ditandinginya dalam Pilihan Raya DUN Sarawak tidak akan berganjak dengan keputusannya. Selain atas kapasiti sebagai parti politik tempatan Sarawak, SNAP juga berhak memandangkan PKR, DAP dan PAS merupakan parti luar. Parti luar tidak berhak memerintah Sarawak.

Demikian juga PAS yang terpaksa mengorbankan hasrat ahli-ahlinya kerana hanya diberikan 1 kerusi DUN. Apakah yang dapat dibuat dengan hanya diberikan 1 kerusi? PAS Sarawak telah banyak menghabiskan wang dan tenaga dalam membawa nama PAS kepada rakyat Sarawak, tetapi hanya diberikan 1 kerusi.

Secara jelas, PKR cuba untuk bertindak sebagai parti dominan dalam Pakatan Pembangkang. Difahamkan sebelum ini Pakatan Pembangkang secara terang memberitahu dalam Pakatan Pembangkang tiada satu pun atau parti yang akan menerajui Pakatan Pembangkang.

Dalam Pakatan Pembangkang Sarawak PKR sedang dalam menunjukkan sikap dominannya untuk menerajui dan menguasai Pakatan Pembangkang. 
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
March 1, 2011 at 9:28 PM

Istilah memainkan peranan penting dalam menyedarkan penggunanya dan pendengar.

Seringkali kali media melaporkan bantuan atau belanja yang dikeluarkan oleh kerajaan digambarkan seakan itu adalah harta kerajaan atau orang politik yang terbabit. Maka bantuan yang disalurkan seakan dari sifat pemurah kerajaan seperti disebut 'kerajaan bermurah hati membantu'.

najib visit kerdau 270211 01Rakyat seakan bagaikan peminta sedekah. Begitu juga apabila ada penyelewengan ataupun pembaziran, maka rakyat yang tidak faham merasakan yang rugi hanyalah kerajaan atau duit orang politik, sedangkan mereka lupa wang tersebut adalah wang mereka.

Maka di sini disebutkan beberapa perkara;

Samada kita sedar atau tidak, setiap rakyat negara ini membayar cukar kepada kerajaan. Ini merangkumi cukai pendapatan, cukai langsung dan tidak langsung.

Harga barangan yang kita beli dalam negara ini sebenarnya kita bayar bersama harga cukai. Di Malaysia kita membeli kereta dengan harga yang tinggi disebabkan faktor cukai.

mee seller stall hawker 141006Begitu juga segala barangan, makanan dan stesyen TV yang dibeli merangkumi harga cukai. Maka, setiap rakyat kena tahu bahawa mereka sebenarnya setiap hari membayar cukai kepada kerajaan. Justeru wang kerajaan adalah wang rakyat.

Maka, wang yang dibelanja oleh mana-mana kerajaan; samada BN atau Pakatan rakyat atau istana-istana dalam negara adalah wang rakyat yang membayar cukai secara langsung atau tidak langsung, sedar ataupun tidak sedar.

Bazir wang rakyat

Istilah 'wang pembayar cukai' atau taxpayers money, atau harta awam sepatutnya sentiasa dipakai dalam media dan ungkapan rakyat. Justeru, apabila kerajaan membelanja untuk sesuatu projek atau menyalurkan harta kepada mana-mana pihak, hendaklah dilapor atau disebut “kerajaan menggunakan wang pembayar cukai atau harta rakyat untuk projek itu dan ini”.

klcc new year celebration fireworks 2Jika berlaku pembaziran, hendaklah dilapor dan disebutkan “kerajaan telah membazirkan wang pembayar cukai, atau merosakkan harta awam, merugikan wang rakyat”.

Ungkapan ini penting supaya orang-orang politik sedar bahawa bantuan dan peruntukan yang mereka salurkan kepada rakyat bukan wang poket mereka, atau harta peribadi mereka sehingga mereka boleh mendabik dada bangga. Sebaliknya, ia sememang harta rakyat.

Begitulah rakyat, mereka tidak boleh tertipu dengan merasakan seorang-olah bantuan yang diumumkan oleh orang-orang politik itu dari 'harta persendirian' tokoh politik tersebut, sebaliknya ia memang harta rakyat yang diuruskan oleh orang-orang politik.

Peminta sedekah

Ini boleh mengelakkan perasaan rakyat yang merasakan mereka bagaikan peminta sedekah kepada kerajaan dan mengelakkan orang-orang politik lupa diri terhadap wang awam yang mereka belanja atau istiharkan dalam kempen politik mereka.

malaysia poor indian community poverty 230807Sesebuah kerajaan bukan dipuji kerana mereka berbelanja dengan wang rakyat atau wang pembayar cukai itu, tetapi mereka dipuji kerana pengurusan yang cemerlang dan amanah dalam mengendalikan harta awam atau harta rakyat.

Ertinya, jika kerajaan berjaya mengendalikan harta rakyat dengan cemerlang dan amanah, maka kerajaan itu dipuji dan disokong, begitu juga sebaliknya.

Istilah 'taxpayer money', atau 'taxpayer funds' atau 'taxpayers dollars' sering digunakan dalam media negara maju apabia memperkatakan tentang pembelanjaan ataupun pembaziran oleh pihak kerajaan.

Istilah seperti ini sebenarnya boleh membantu mengelakkan kecuaian kerajaan dan dalam masa yang sama boleh menyedarkan rakyat tentang hakikat wang yang digunakan oleh pihak kerajaan. Istilah ini juga patut dihidupkan dalam negara kita.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger