APAKAH RAKYAT MENERIMA KEHADIRAN PAS DI SARAWAK?


Cita-cita besar PAS dalam Pilihan Raya DUN Sarawak semakin terserlah apabila membayangkan mahu bertanding di 6 kawasan DUN antaranya Tupong, Sadong Jaya, Sebuyau, Beting Maro, Jepak dan Senadin.

Berasaskan kepada keputusan Pilihan Raya Kecil P.212 Sibu yang lalu, menyaksikan DAP menang tipis mengatasi BN. Kejayaan DAP ini diraikan PAS sebagai Pakatan Pembangkang yang bersama-sama memperjuangkan DAP sebagai sebuah parti politik yang toleransi.

Kemenangan DAP juga disebabkan kemampuan dan sumbangan PAS dalam menghasut rakyat Sarawak untuk membenci BN yang sebelum ini banyak memberikan sumbangan kepada rakyat. Dengan menjadikan rakyat Kelantan sebagai perbandingan, PAS mengajak rakyat Sarawak melakukan perubahan dengan menyokong Pakatan Pembangkang.

Berbeza dengan rakan mereka DAP dan PKR yang sudh bertapak dan mempunyai wakil dalam DUN Sarawak, PAS dilihat terdesak untuk meletakkan calonnya bagi menduduki kerusi DUN Sarawak. Ini bertujuan untuk menunjukkan relevannya PAS di Sarawak.

Mengimbas ‘perkenalan’ PAS dan DAP yang disifatkan sebagai ‘kahwin palsu’, dahulunya mereka ini umpama tikus dan kucing. DAP mempertaruhkan konsep Malaysian Malaysia yang bermatlamatkan kepentingan liberal manakala PAS mahukan sebuah negara Islam. Perbezaan idealogi politik menyaksikan kedua-dua parti itu tidak dapat duduk semeja bahkan gambar-gambar sebelum ini hanyalah bersikap lakonan.


Tindakan PAS yang mengetatkan peraturan rumah judi di Kelantan telah mencetuskan rasa tidak senang DAP. DAP yang lantang memperjuangkan kepentingan kaum Cina mahukan Kerajaan Kelantan menarik balik larangan tersebut. Ini disebabkan rumah judi merupakan sebahagian perniagaan yang banyak memberikan keuntungan kepada mereka.

Dalam meredakan ketegangan politik dan hubungan, PAS sanggup menangguhkan perlaksanaan peraturan dengan memperuntukkan masa bagi melakukan kajian. Kenapa sebelum ini, PAS tidak melakukan kajian sebelum melakasanakan peraturan? Apakah PAS tunduk dengan desakan DAP yang dilihat banyak memberi tekanan kepada PAS terutama di negeri-negeri tadbiran Pakatan Pembangkang?

Apakah rakyat Sarawak masih ingat kenyataan Hadi Awang yang mempersendakan masyarakat Dayak Sarawak ketika PRK Batang Ai?


“Semua pilihan raya kecil sebelum ini keputusannya memihak kepada kita. Cuma di Batang Ai sahaja kita kalah sebab mereka ini tidak reti undi, pakai cawat lagi. Saya bukan nak hina, tetapi tempat yang pakai molek, undi PAS”.

Abdul Hadi Awang, Presiden PAS

Jelas lagi terang, pemimpin PAS itu bukan sahaja memperlekehkan hak orang Dayak bahkan secara langsung memperkecilkan peranan masyarakat Dayak dalam menegakkan demokrasi di Sarawak.

Kenyataan Pas itu juga membuktikan Pakatan Pembangkang khususnya parti luar Sarawak itu tidak sensitif dengan budaya dan kepelbagaian kaum di Sarawak. Kebanyakan PKR, DAP dan PAS ini menganggap hanya mereka sahaja yang pandai dan tahu memerintah, tetapi hakikatnya Pakatan Pembangkang ‘buta’ dalam menilai kemampuan rakyat Sarawak.

Sarawak selesa dengan pemerintahan yang sedia ada dan mahukan transformasi yang diilhamkan Perdana Menteri dirasai rakyat Sarawak terutama yang membabitkan pembangunan Sarawak.
Share this article :
 

+ comments + 8 comments

Anonymous
March 21, 2011 at 10:38 PM

PAS mengaku memperjuangkan Islam,
tapi sekarang mereka bersengkongkol dan bersubahat menumbangkan kepimpinan Islam di Sarawak.
Jika PR menang,muslim dalam PKR dah bersetuju mengangkat Baru Bian jadi CM Sarawak.

Agaknya, kalaulah mereka menang...MENGANGKAT NON MUSLIM JADI CM...inilah sumbangan terbesar PAS kepada umat Islam Sarawak!!!

Ingat!!!!
Kita warga Sarawak tidak maafkan orang2 PAS dunia akhirat...
Di akhirat nanti,kepada Allah kami mengadu
Inilah pengkhianat Islam sebenar..

ISLAM FOR ALL, BUT PAS ONLY FOR MALAYA.

Anonymous
March 21, 2011 at 10:46 PM

HAI JEMBALANG TANAH(MELAYU)
JEMBALANG FITNAH
JEMBALANG CACI MAKI
JEMBALANG PUTAR BELIT
JEMBALANG SARAWAK REPORT

HAI JEMBALANG SEGALA JEMBALANG
MARILAH DATANG KE SARAWAK
TABURLAH FITNAH
HAMBURLAH CACI MAKI
PUTAR ALAMLAH KAMU SEPUAS2NYA

SEBAB KITA HIDUP TAK LAMA
SEGALANYA AKAN MENDAPAT BALASAN
DARIPADA ALLAH SWT JUA.

INGAT!:MAKSUMKAH ANDA???

Anonymous
May 8, 2011 at 9:26 PM

pas jauh biza dari party lain politik keluar dari tajuk

Anonymous
May 8, 2011 at 9:33 PM

pas kerana hanya membadah kan hati rakyat tetapi yang menghiran kan hati aku tentang pas dia orang islam kerja macam setan

May 17, 2014 at 12:22 PM

Islam bukanlah agama diskriminasi, Islam ialah agama untuk menyatukan manusia sejagat. Islam dapat menyatukan ummah yang seagama, Islam dapat menyatukan manusia yang berlainan ras, agama dan budaya. Justeru, PAS memilih Islam sebagai dasar perjuangan seperti yang dalam tujuan PAS yang termaktub dalam Perlembagaan parti, iaitu:
MEMPERJUANGKAN WUJUDNYA MASYARAKAT DAN PEMERINTAHAN YANG DI DALAMNYA TERLAKSANA NILAI-NILAI HIDUP ISLAM DAN HUKUM2NYA MENUJU KEREDAAN ALLAH.

Jadi sdra, PAS bekerjasama dengan DAP dan PKR bukanlah bertujuan utama mengenepikan pemimpin-pemimpin beragama Islam di sarawak tetapi untuk mencapai tujuan di atas. Sebab PAS percaya bahawa Islam sebagai asas pemerintahan akan dapat memberikan kesejahteraan dan keadilan yang sebenar kepada rakyat berbilang kaum di Malaysia amnya dan di sarawak khasnya. Dulu, mula-mula Sarawak memerintah sendiri, KM ialah Iban, tidak pun orang Melayu Islam ditindas! Tidak semestinya,bila seorang bukan Islam bumiputera dah jadi KM, orang Islam Sarawak tidak dapat menjadi KM lagi, semuanya ialah ketentuan Allah SWT.

Apa salahnya kalau KM sarawak seorang bukan Melayu dan bukan Islam. KM tidak dapat mengambil tindakan sesuka hati ahli-ahli Undangan Negeri berani bercakap atas dasar kebenaran. Lain-lain kalau ahli2 Undangan Negeri terutamanya yang dilantik menjadi menteri itu membisu, jadi pak turut saja. Akan tiba masa seorang Islam menjadi KM jika ada yang berwibawa.

Apa perlunya PAS memohon kemaafan kepada sdra jika perjuangan PAS bertunjangkan Islam. Sebaliknya, PAS tidak akan memaafkan sdra kerana tidak menyokong perjuangan berteraskan Islam. Sdra perlu ingat bahawa Islam ialah agama yang syumul (menyelurh) yang merangkumi politik. Semua sepatutnya didasarkan kepada Islam: Politik, ekonomi, dan sosial. Islam atau agama bukan letaknya di bawah politik.

Ya, ISLAM FOR ALL, BECAUSE PAS BASED THEIR POLITICAL STRIFE TO ISLAM, SO PAS IS FOR ALL. PAS IS FOR MALAYSIA, AND SARAWAKIANS ARE FOR MALAYSIA NOT ONLY FOR SARAWAK.

Sdra, mana satu yang saudara pilih:
(1) Sarawak for Sarawakians? (Sarawakians for Sarawak)
(2) Sarawak for Malaysians? (Sarawakians for Malaysia)

May 17, 2014 at 12:31 PM

Sadra dipersilakan membaca, memahami dan menghayati tujuan perlembagaan PAS. Sila lawati http://www.pas.org.my/v2/index.php/info/perlembagaan

May 17, 2014 at 12:33 PM

Sadra dipersilakan membaca, memahami dan menghayati tujuan perlembagaan PAS. Sila lawati http://www.pas.org.my/v2/index.php/info/perlembagaan

May 22, 2014 at 5:52 PM

xde pekdah memfitnah dengan edit gambar x senonoh....lucah...ini kerja syaitan

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger