ANWAR IBRAHIM TAKUTKAN UMMI HAFILDA? KENAPA???



Kehadiran Ummi Hafilda dalam Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau di Kem BN telah mencetuskan kekecutan Anwar Ibrahim. Ummi Hafilda merupakan adik kepada Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Ummi Hafilda yang sebelum ini tenggelam setelah namanya dikaitkan dalam kes Anwar Ibrahim pada tahun 1997, kini secara sukarela menyertai BN bagi menegakkan kebenaran. Menurutnya, beliau sebelum ini telah lama bersabar namun, tindakan abangnya Azmin Ali yang dinaikkan pangkat menjadi Timbalan Presiden PKR dan lantang menyerang Dato’ Seri Najib Tun Razak telah mencetuskan kemarahannya sehingga menyebabkan Ummi Hafilda hilang sabar.

Pemerintahan Perdana Menteri yang berasaskan Gagasan 1Malaysia dilihatnya sebagai suatu pendekatan yang sangat baik di Malaysia bersesuaian dengan masyarakat majmuk. Tidak seperti masyarakat madani yang cuba dibawa Anwar Ibrahim semasa beliau menjawat Timbalan Perdana Menteri.

Andai masyarakat Malaysia ketika itu menerima konsep masyarakat madani seperti yang dibawa Anwar Ibrahim, pastinya perilaku liwat akan menjadi-jadi di Malaysia. Tindakan bijak rakyat Malaysia menolak Anwar Ibrahim dan seterusnya menghalang masyarakat madani telah berjaya mengelakkan rakyat Malaysia terjerumus dalam aktiviti liwat.


Kehadiran Ummi Hafilda di DUN Kerdau dengan menyertai kem BN telah menyebabkan Anwar kecut perut. Umum mengetahui, Anwar Ibrahim sedang menghadapi perbicaraan liwatnya di mahkamah. Pastinya, kehadiran Anwar Ibrahim di DUN Kerdau ini bukannya untuk berkempen bagi calon PAS sebaliknya lebih kepada mendapat dan meraih perhatian rakyat di DUN Kerdau dalam kes liwatnya. Persoalannya, apakah simpati yang cuba diraih Anwar Ibrahim?

Simpati Anwar pastinya cuba untuk menyemarakkan lagi sokongan ke atasnya dengan mengadakan demontrasi di mahkamah. Jika tidak, Anwar pastinya mahu memastikan rakyat cuba untuk memberontak seperti mana ceramahnya sebelum ini di Kuching yang meminta rakyat bangun dan memberontak bagi mendesak Ketua Menteri Sarawak berundur.

Ceramah Ummi Hafilda d DUN Kerdau malam semalam yang jaraknya hanya 200 meter dari tempat Anwar Ibrahim berceramah telah menyebabkan Anwar Ibrahim merah padam mukanya setelah diasak Ummi Hafilda. Dengan bunyi speaker yang kuat dari kem BN telah berjaya mematahkan serangan ceramah Anwar Ibrahim yang hanya menyampaikan ceramahnya selama kira-kira 20 minit.


Dek kerana Ummi Hafilda juga, PAS telah membawa ‘pelakon’ Teksi Tunai, aktres yang bermimpi ke syurga bersama PAS, Bob Marley Lokman ke DUN Kerdau bagi menangkis serangan bertalu-talu BN. Pelakon yang tidak pernah memenangi apa-apa anugerah dan tidaklah sepopular mana telah dalam percubaan pertamanya dalam pilihan raya. Anehnya, mungkin akibat keterbiasaan dengan skrip lakonan, Bob Marley Lokman lantang memperkecilkan atau erti kata lain mencemuh nama calon BN, Syed Ibrahim. Bagaimanapun, serangan Bob Marley Lokman itu tidak memberi kesan kepada calon BN sebaliknya menyatakan tindakan Bob Marley Lokman itu telah menggambar perangai sebenar PAS yang telah mengajar Bob Marley Lokman itu membenci dan menghasut membuta tuli.

Menurut bloggers nyamuk yang menghadiri ceramah Anwar Ibrahim, ternyata hampa kerana Anwar Ibrahim bukan sahaja berceramah selama kira-kira 20 minit bahkan sedikitpun tidak menyentuh mengenai calon PAS. Sebaliknya, Anwar Ibrahim menggunakan medan PAS ini untuk cuba membersihkan dirinya yang ketika ini dituduh meliwat dan yang pastinya diri Anwar Ibrahim ini sudah tidak bersih lagi.

Kehadiran Ummi Hafilda juga menjadi duri dalam daging bagi PAS kerana sebelum ini PAS sangat membenci Ummi Hafilda. Justeru, kehadiran Ummi Hafilda di DUN Kerdau ini telah merisaukan PAS kerana Ummi Hafilda bukan sahaja mampu menghancurkan Pakatan Pembangkang disebabkan rahsia Anwar Ibrahim dan Azmin Ali bahkan juga mampu untuk menghancurkan kepercayaan rakyat terhadap PAS disebabkan perhubungan PAS dengan Anwar Ibrahim.

Dalam ceramah semalam, ternyata Anwar terkedu malu kerana bukan sahaja cuba meraih simpati ke atas dirinya yang dituduh meliwat bahkan tindakannya itu membuktikan Anwar Ibrahim sebenarnya melakukannya. Atas sebab itu juga Anwar Ibrahim semakin takut dan kalut ketika perbicaraannya ketika ini tidak menyebelahinya.

Sesungguhnya Allah swt sentiasa kepada mereka yang menjadi mangsa dan teraniaya dalam membuktikan kebenaran. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger