AKHIRNYA BARU BIAN TERBUKTI PENGECUT



Cabaran Baru Bian telahpun disambut Ketua Menteri Sarawak dengan memilih Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem sebagai wakil Pehin Sri Abdul Taib Mahmud. Pemilihan Adenan telah mendapat persetujuan daripada ahli-ahli PBB dan BN Sarawak.

Ramai rakyat Sarawak merasakan cabaran debat Baru Bian ini akan menyaksikan bukan sahaja Baru Bian malu besar malah PKR akan juga malu besar. Bagi Adenan pula, cabaran ini bukan untuk memalukan Baru Bian sebaliknya ‘mengajar’ bahawa sarang tabuan jangan dijolok. Kalau dijolok buruk padahnya.

Ketika Baru Bian sudah menjolok sarang tabuan, pastinya sengat berbisa akan menanti menusuk Baru Bian. Nescaya, ramai ahli PKR dan Pakatan Pembangkang sangat menanti-nantikan debat Baru Bian – Adenan dan menjangkakan akan memihak kepada mereka. Bagaimanapun Baru Bian awal-awal lagi sudah mengaku kalah.

Dalam menerima cabaran Baru Bian itu, Adenan meminta Baru Bian menyatakan lokasi, waktu dan tarikh yang sesuai untuk berdebat. Namun, cabaran Adenan Satem telah disambut dingin atau lebih tepat lagi senyap sejuta bahasa. Baru Bian tidak mahu menyambut penerimaan cabaran Adenan Satem malah langsung tidak kedengaran kelantangannya seperti mana sebelum ini galak mencabar Ketua Menteri Sarawak sehingga sanggup membuat kenyataan akhbar.

Kini, cabaran Baru Bian sudah disahut, tetapi Baru Bian tetap juga berdiam diri. Apakah maksudnya semua ini? Apakah Baru Bian sengaja untuk meraih populariti murahan seperti mana yang dilakukan rakan-rakannya dalam DAP Sarawak.

Ternyata cabaran debat Baru Bian bukanlah untuk mahu melihat siapa yang menang, tetapi hanya untuk meraih populariti murahan. Hanya dengan cara ini, media dan orang ramai akan mengalih tumpuan kepadanya. Sebelum ini, Baru Bian hanya popular disebabkan fitnah yang dilemparkannya dan kontroversi yang melibatkan hal-hal tanah.

Andai cabaran debat yang dilontarkan kepada BN sebelum ini tidak ada jawapan, Baru Bian bukan sahaja malu malah dianggap pengecut. Pengecut yang kalah sebelum berjuang. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger