TAKUT KALAH PAKATAN PEMBANGKANG PERSOALKAN UNDI POS


Cakap-cakap kedai kopi ketika ini hangat memperkatakan Pilihan Raya DUN Sarawak akan diadakan dalam masa terdekat. Di setiap kedai kopi milik Melayu, Cina, India dan Dayak tajuk utama mereka kebanyakannya berkisar tentang tarikh pilihan raya. Ada yang menjangkakan pilihan raya diadakan hujung bulan Mac dan tidak kurang juga pada hujung bulan April dan awal Mei. Semua orang berhak untuk membuat tekaan.

Bilakah pilihan raya hanya Ketua Menteri Sarawak saja yang tahu. Yang pasti desas-desus sebelum ini yang mengatakan Ketua Menteri Sarawak akan berjumpa dengan TYT Sarawak bagi membincang dan mendapat perkenan mengenai pembubaran DUN Sarawak.

Tarikh matang DUN Sarawak yang akan berakhir pada Julai 2011 ini semestinya Pilihan Raya DUN Sarawak akan diadakan pada tahun ini juga. Jangkaan Pilihan Raya DUN Sarawak kian hampir semakin kencang apabila Suruhanjaya Pilihan Raya telah mengadakan perjumpaan dengan parti-parti politik yang akan bertanding.

Kesempatan ini juga SPR selaku badan yang bertanggungjawab menguruskan pilihan rara di Malaysia telah bertemu dan bertentang mata mengenai permasalahan dan berbincang mengenai perjalanan Pilihan Raya DUN Sarawak. Perjumpaan ini perlu bagi memastikan selepas ini tiada suara-suara sumbang yang akan kedengaran apabila selesai satu-satu keputusan pilihan raya.

Di pihak BN perjumpaan itu membuktikan SPR telus dan bertindak profesional dalam menjalankan peranannya. Selain mengutarakan beberapa permasalahan kecil yang disifatkan sebagai untuk tujuan penambahbaikan.

Bagaimanapun, tidak bagi pihak Pakatan Pembangkang. Inilah medan mereka menghentam SPR seperti yang sering dicakapkan mereka dalam ceramah kempennya. Pakatan Pembangkang menghentam SPR mengenai undi pos. Pakatan Pembangkang menjelaskan undi pos perlu dimansuhkan kerana terdapat kemusyikilan dan penipuan.


SPR sekeras-kerasnya menafikan dakwaan tersebut sambil menyatakan sebelum ini tiada sebarang masalah berhubung undi pos. Walaupun hakikatnya undi pos kebanyakannya memihak kepada BN, namun ada juga sebahagian undi pos yang mengundi Pakatan Pembangkang. Ini jelas bahawa dakwaan undi pos sebagai penipuan adalah suatu yang taktik undi Pakatan Pembangkang menidakkan suara dan hak anggota polis dan tentera yang kebanyakannya pengundi pos.

Menjadi tabiat Pakatan Pembangkang untuk terus mengkritik  SPR sekiranya undi tidak memihak kepada mereka. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger