SNAP-PAS DESAK LEBIH BANYAK KERUSI, PKR-DAP GUNA KUASA VETO


Kekalutan pembahagian kerusi di kalangan Pakatan Pembangkang Sarawak masih tiada kesudahannya. Sejak dari penghujung tahun 2009 hinggalah sekarang, Pakatan Pembangkang Sarawak masih belum memuktamadkan pembahagian kerusi. Alih-alih jawapan yang sama ‘kita masih mengadakan rundingan dan cuma tinggal 10 peratus lagi kerusi yang perlu dibincangkan’.

Keretakan Pakatan Pembangkang semakin terserlah ekoran desakan SNAP yang mahukan 28 kerusi diperuntukan kepada mereka pada Pilihan Raya DUN Sarawak akan datang. Bagaimanapun, permintaan SNAP itu ditolak sebulat suara PKR dan DAP. Menurut PKR dan DAP, SNAP tidak berhak untuk mendapat jumlah kerusi yang banyak kerana mereka bukan anggota tetap Pakatan Pembangkang Sarawak.

Di samping itu, misi untuk membawa Baru Bian sebagai calon Ketua Menteri Sarawak yang baru daripada Pakatan Pembangkang telah membuatkan PKR bertindak sebagai parti dominan. Atas usaha itu, Baru Bian yang tidak lokek mengeluarkan perbelanjaan akan tetap diangkat sebagai Ketua Menteri Sarawak.

Mengikut pembahagian, PKR memperoleh 45 kerusi manakala 15 kerusi lagi diperuntukkan kepada DAP. PAS pula hanya diberikan 2 buah kerusi manakala 5 kerusi dikhaskan kepada SNAP. Selebihnya masih dalam perbincangan antara PKR dan DAP. Pembahagian ini telah dipersetujui PKR dan DAP, tetapi tidak dipersetujui PAS dan SNAP.


Menurut Pakatan Pembangkang Sarawak, pembahagian ini dibuat bagi mengelak pertembungan sesama sendiri dan memfokuskan satu lawan satu menentang BN. Pun begitu, Parti Cinta Malaysia (PCM) dan Parti Ekonomi Rakyat Sarawak Bersatu (PERSB) yang tidak sehaluan dengan Pakatan Pembangkang Sarawak juga akan meletakkan calon mereka di kesemua 71 kerusi. Tindakan PCM dan PERSB ini jelas menampakkan akan ada pertandingan lebih daripada dua penjuru di kebanyakan DUN.


Sebelum itu, Pengerusi PCM Sarawak, Gabriel Adit Demong yang juga bekas ahli tertinggi PKR Sarawak akan mempertahankan kerusi DUN Ngemah yang dimenanginya atas tiket Bebas. Sementara itu, Baru Bian menyatakan PKR akan meletakkan calonnya di DUN Ngemah yang juga bekas pesara kakitangan awam. Di samping PKR, SNAP juga berminat untuk meletakkan calonnya di situ berikutan jumlah ahli SNAP di situ lebih ramai berbanding ahli PKR.

Terbaru, PAS yang sebelum ini tidak mempersetujui tentang pembahagian kerusi Pakatan Pembangkang Sarawak sekali lagi mendesak bahawa PAS mahu bertanding di lebih banyak kerusi. Yang pasti DUN Beting Maro yang sebelum ini merupakan kawasan tumpuan PAS tetap akan mempertaruhkan calonnnya di DUN majoriti Melayu itu.


Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar berkata PAS tetap mahukan lebih banyak kerusi selaras dengan pengaruh dan kedudukannya dalam Pakatan Pembangkang Pusat. Selain berusaha untuk memenangi DUN Beting Maro, PAS juga berazam bertanding di beberapa DUN majoriti Melayu seperti Tanjong Datu, Pantai Damai, Semariang, Demak Laut, Tupong, Satok, Sadong Jaya dan Bekenu.

Berbeza dengan BN yang secara asasnya telah membuat pembahagian kerusi yang efisien dan seimbang tanpa perlu meletakkan pertindihan calon. Pakatan Pembangkang Sarawak kononnya mempunyai kerjasama erat antara parti kompenan telah tidak sepakat dalam pembahagian kerusi. Kesannya, PKR dan DAP menjadi parti yang sangat menonjol berbanding SNAP yang dianggap sebagai pengacau dan PAS hanya sekadar pelengkap permainan. 
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
February 22, 2011 at 10:10 AM

siapakah calon dan parti pembangkang yang disebut2 akan mencabar di kawasan dun n3, n4 dan n5..any info?

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger