SIAPA AFFENDI JEMAN?



Cadangan BN Sarawak untuk memendekkan tempoh berkempen sangat disambut baik oleh orang ramai. Selain mengurangkan kos perbelanjaan parti-parti yang bertanding, ia juga sekaligus mengurangkan dosa-dosa semasa berkempen. Hakikatnya, Pakatan Pembangkang mahupun Affendi Jeman sendiri akan menggunakan masa berkempen ini untuk menyerang individu mahupun mereka yang bertanding dalam Pilihan Raya DUN Sarawak akan datang.

Namun begitu, Pengerusi Jawatankuasa Penaja UMNO Negeri Sarawak (JPUNS) tidak setuju tempoh kempen pilihan raya negeri kelak disingkatkan tujuh hari. Pengerusinya, Affendi Jeman menyatakan kempen merupakan tempoh bagi mereka yang bertanding menyampaikan mesej dan perjuangan mereka kepada para pengundi untuk dinilai ketika memangkah undi.

Affendi Jeman juga menggunakan faktor geografi Sarawak sebagai alasan untuk masa berkempen ini dipanjangkan. Faktor tersebut menyebabkan parti politik memerlukan masa yang lebih lama untuk berkempen.

Siapakah Affendi Jeman? Apakah beliau ini benar-benar seorang ahli UMNO? Suatu ketika Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa UMNO tidak akan memasuki Sarawak. Keadaan kehidupan masyarakat Sarawak yang hidup aman di bawah pemerintahan BN Sarawak. Ini sendiri diakui Perdana Menteri semasa beliau datang ke Sarawak.


Penggunaan nama UMNO oleh JPUNS telah menyebabkan ramai masyarakat Sarawak terkeliru dengan UMNO Sarawak dan UMNO di Semenanjung Malaysia. Apakah kedua-duanya mempunyai persamaan?

Difahamkan JPUNS telah diharamkan di Sarawak semasa penubuhannya lagi. Selain diharamkan, JPUNS juga tidak diiktiraf UMNO di peringkat ibu pejabat. Pengharaman itu menyebabkan status JPUNS di Sarawak sebagai pembangkang. JPUNS kini beroperasi di Jalan Kulas, Satok.

Bercakap mengenai Affendi Jeman, beliau hanya dilihat sebagai ‘cakap tak serupa bikin’. Hari cakap lain, esok cakap lain. Sebelum ini dalam Pilihan Raya Umum Ke-12, Affendi Jeman secara terang menyatakan akan bertanding di kawasan Parlimen Petra Jaya atau Parlimen Santubong. Namun, semasa penamaan calon, batang hidungnya pun tak nampak.

Persoalan timbul, sekiranya beliau bertanding dan menggunakan nama JPUNS dan logo UMNO, apakah pula statusnya?

Untuk itu, disarankan UMNO segera mengambil tindakan JPUNS ini bagi tidak mengelirukan pengundi-pengundi di Sarawak. Ketika ini rakyat Sarawak selesa di bawah pentadbiran BN Sarawak yang disertai PBB, SUPP, PRS dan SNAP.

Terbaru, Affendi Jeman mengulas mahu menghantar calon-calon yang akan bertanding dalam Pilihan Raya DUN Sarawak akan datang. Apakah nama dan logo yang akan digunakan JPUNS ini? Sekiranya bertanding, pastinya mereka ini akan berada di pihak pembangkang.

Susulan dengan itu, JPUNS ini haram dalam politik Sarawak. Selain tidak berdaftar, JPUNS juga dilihat sebagai memecahbelahkan perpaduan kaum yang telah wujud di Sarawak. Sekiranya benar JPUNS mahukan rakyat Sarawak hidup dalam politik yang harmoni, JPUNS perlu undur dan lenyap dalam politik Sarawak.
Share this article :
 

+ comments + 7 comments

February 22, 2011 at 6:11 PM

kalau tak silap, afendi ni mula2 kerani bank (di bangunan satok). lepas tu kerana "sesuatu", he was advised to resign. Kemudian merayau2 hinggalah kenal beberapa pemimpin UMNO (sorang dah retired)di KL. Dgn muka tebalnya dapatlah sikit kontrak dan seterusnya menjadi proxi pemimpin2 tersebut. Dari situlah dia mula mendapat idea setelah mendapat 'motivasi' dari segelintir pemimpin UMNO haprak untuk membawa UMNO ke sarawak dan dijanjikan sesuatu termasuk 'kuasa politik' di negeri ini. Tapi sekaranng dia dah macam hantu raya kehilangan tuan. Banyak lagi cerita saya tahu tentangnya termasuk kisah-kisah betina...tunggulah.

Ahli UMNO Swk Semenanjung
February 22, 2011 at 6:30 PM

saya pernah berjumpa Affendi Jeman..dia seorang yg arrogant dan memilih orang untuk bergaul

Anonymous
February 22, 2011 at 8:50 PM

Aisanda: marilah kita berkongsi cerita... saya pun tahu Affendi tu siapa? ... saya nak kongsi satu cerita ... nak tahu ... Affendi tu dah bankrup sehingga rumahnya dah ditarik bank!

Inikah yang kita angkat sebagai pemimpin.

Anonymous
February 27, 2011 at 10:21 AM

Bagus cerita itu, kalau org PBB mesti cakap yang buakn-bukan, kalau orang nak berjuang macam-macam cerita timbul, bengkrap, perempuan dan sebagainya. Tapi tahu anda, kalau tidak kerana Affandi orang sarawak tak berani bersuara. seperti kerbau dicucuk hidung, adakah pemimpin sakarang 'suci' dan 'bersih'... cuba tanya dgn orang yang telah jadi YB... Kalau di Sibu, YB akan bawa perempuan pada pukul 1 ke 2 pagi, adakah bukan kaki perempuan, kamudian ada juga YB yang ada hubungan dgn seorg pekerja jabatan kerajaan...dan isteri orang... itu bukan kaki perempuan so fikirlah. Kita dah profesional dan kenapa takut hendak kena kritik. Pengundi baru sudah ramai... nantikan pilihanraya sebab rakyat sarawak sudah bosan dgn PBB (Parti Berani Bohong)..

Anonymous
March 2, 2011 at 12:31 AM

saya pun nak kongsi cerita mengenai wakil rakyat... cakap aisanda macam tak betul je... mungkin isanda buta dan bodoh macam kata-katanya, percaya tak ais dan anda bahawa sebab kan nak hancur kan politik ada YB yang kawin lebih dr satu,... di Sarawak boleh dikata ramai YB yang kawin 2 dan ada 3, bukan kah kalau nak jd YB perlu bersih tp YB yang sedia ada pun tak bersih mcm mana nak mentadbir,... mungkin aisanda buta kut sb dah termakan rasuah dr para YB (mungkin) sebab tu dia jadi ais kepada YB anda... Taubat lah selagi pintu taubat masih terbuka

Anonymous
March 4, 2011 at 4:33 PM

betul.another blog yg di sponsor parti bodoh dan bangang(pbb).Semua jadi paloi sehingga lupa tanah, bangsa dan maruah tergadai hingga ke australia, canada dan eropah.continue dreaming because you people will be wipe out

Anonymous
April 22, 2012 at 3:44 PM

Pemimpin sarawak getar dgn kecut setelah sekian lama rakyat sarawak berdiam diri jadi tunggul dan "pak turut" oleh ahli pbb. Kenapa perlu timbulkan kontroversi setelah seseorang yg ingin bersuara sebagai rakyat sarawak untuk menegakkan kebenaran. Berani kerana benar, takut kerana salah. wahai makhluk dgn gelaran Aisanda, dont swallow what you can't chew. of course you wont go against them once you'd got wrapped around their fingers. dont be such a hypocrite on yourself.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger