PRK MERLIMAU: PAS TERSENTAK DENGAN CALON BN ROSLAM AHMAD



PAS awal-awal lagi menaikkan bendera putih tatkala BN semakin bersemangat untuk mencapai kemenangan mutlak dan seterusnya meningkatkan sokongan majoriti berbanding majoriti sebelumnya.

Sebelum ini, PAS telah terkena kejutan sesak nafas apabila Timbalan Perdana Menteri mengumumkan calon BN di DUN Kerdau Selasa lepas. Pengumuman calon BN di DUN Kerdau boleh diibaratkan buku bertemu ruas. Manakan tidak, dalam mana-mana pilihan raya PAS sering kali mengetengahkan calonnya yang berstatus ‘ustaz’ dan memburukkan calon BN. Dan, kali ini BN telah mengetengahkan calon yang berstatus ustaz bagi menghadapi tentangan PAS.

Di Merlimau keadaannya tidak jauh berubah apabila BN mengumumkan Roslan Ahmad sebagai calon bagi menggalas cabaran BN. Roslan Ahmad sebelum itu telah diumumkan secara rasmi di Bilik Gerakan BN Common Center di Pekan Merlimau. Pengumuman calon BN itu telah disambut dengan sorakan oleh kira-kira 2,000 penyokong parti komponen BN dan masyarakat Merlimau.

Roslan Ahmad merupakan anak kepada bekas Ahli Parlimen Jasin, Allahyarham Datuk Ahmad Ithnin dan anak saudara kepada bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Abu Zahar Ithnin. Selain bersih dan dapat diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat di Merlimau, Roslan juga diibaratkan sebagai calon sesuai bagi menerajui DUN Merlimau.

Setelah BN mengumumkan calon-calonnya di DUN Kerdau dan DUN Merlimau, kini terpulang lagi dengan jentera parti untuk meyakinkan rakyat untuk terus mengundi dan memilih BN. Dalam pada itu, calon BN di Kerdau dan Merlimau perlu berwaspada dengan taktik PAS dan Pakatan Pembangkang yang pastinya berusaha untuk mencari kelemahan dan menyerang peribadi malah anggota keluarga sekalipun.

Tunjukan kepada PAS bahawa calon-calon BN adalah yang terbaik jika dibandingkan dengan calon PAS.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger