PRK KERDAU: APAKAH PAS SAJA MAMPU PEROLEH IJAZAH AL-AZHAR?



Ketika calon BN, Syed Ibrahim Syed Ahmad bercanang untuk terus padang dan berjumpa pengundi, PAS tidak segan silu memperkatakan tentang kepalsuan ijazah yang dimiliki calon BN itu.

Sememangnya sewaktu perkenalan calon BN, Syed Ibrahim pada Selasa lepas telah banyak mengundang kegusaran di kalangan jentera PAS. Ada ura-ura yang menyatakan PAS tidak mempunyai modal dan isu dalam menentang BN di DUN Kerdau. Ini disebabkan ADUN Kerdau sebelum ini telah menjalankan tugasnya dengan baik dan diiktiraf rakyat dan masyarakat Kerdau.

Disebabkan ketiadaan modal dan isu di Kerdau, PAS kini mengalih kepada serangan peribadi yang menjadi amalannya sejak dari dahulu lagi. Manakan tidak, ijazah calon BN pun menjadi tarikan PAS sehingga mendakwa ijazah yang dimiliki calon BN itu palsu dan bohong.

Apakah ijazah al-Azhar itu hanya untuk ahli-ahli PAS sahaja dan selain PAS dikatakan bohong dan haram? Apakah pula mazhab yang digunapakai PAS kali ini?

PAS ketika ini kekurangan atau lebih tepat lagi ketiadaan isu bagi menyerang BN. Bukan PAS sekiranya calon Pakatan Pembangkang itu tidak menyerang keperibadian calon BN.

Bagi memuaskan hati dan nafsu PAS, calon BN sedia menunjukkan ijazah yang dimilikinya. Walaupun pada mulanya niat Syed Ibrahim untuk tidak mahu menunjukkan ijazahnya itu namun demi kelangsungan hidupnya dalam menegakkan kebenaran, maka beliau sudi juga menunjukkan ijzahnya itu kepada umum.

Syed Ibrahim Syed Ahmad merupakan lulusan Universiti Al-Azhar dalam bidang Bahasa Arab pada tahun 1997.

Melihat kepada serangan PAS itu sebenarnya hanya untuk menguji sama ada calon BN itu benar-benar layak memiliki ijazah daripada Universiti Al-Azhar.

Dalam menuntut ilmu, kita diajar untuk memberi dan mencurahkan ilmu kepada orang lain berbekalkan ilmu yang kita ada. Budaya memperagakan ijazah dan sijil tidak perlu kerana boleh dikatakan riak dan sombong lagi bongkak. Tapi, PAS sangat berbangga dengan ijazah yang dimiliki ahli-ahli PAS sehingga dalam setiap ceramahnya sanggup membawa ijazah yang bercopkan al-Azhar.

Strategi PAS dalam kempen Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau kali ini dianggap sebagai strategi hentam keromo. Manakan tidak, selain ketiadaan isu, PAS sedaya upaya untuk menyerang BN dengan apa cara sekalipun walaupun dengan memfitnah.

PAS bukan untuk Islam, PAS hanya perjuangkan politik sempit dan menjahanamkan umat Islam. 
Share this article :
 

+ comments + 3 comments

February 28, 2011 at 2:57 PM

Salam perjuangan,

Pas sememangnya berusaha keras membentuk persepsi bahawa "Islam itu Pas dan Pas itu Islam"

Malangnya persepsi yang berjaya dubina ialah "Pas itu haiwan ternakan DAP, Islam itu alat politik Pas.

Apa nak cakap lagi...

Anonymous
May 8, 2011 at 9:11 PM

PAS CAKAP SAHAJA MAMPU TETAPI KEBANYAK KAN KOSONG MAMPU APA MAMPU KEUNTUNGAN SENDIRI ITULAH SIAPA TAK TAHU

Anonymous
May 8, 2011 at 9:13 PM

TANGAN PENCETAKKAN TAMPA HATI

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger