PENDUDUK BELAGA: TERIMA KASIH PERDANA MENTERI


Selepas lawatan Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak ke daerah Belaga Januari lalu dan menyelesaikan pelbagai permasalahan penduduk Belaga termasuk berkaitan isu Empangan Bakun. Keprihatinan Perdana Menteri dan BN menyelesaikan masalah penduduk di Belaga telah membuka mata kebanyakan Orang Ulu dan Penan bahawa sememangnya BN sahaja yang dapat membantu rakyat.

Slogan Pakatan Pembangkang yang sentiasa ‘menjual’ perjuangan rakyat ternyata tidak mempengaruhi rakyat khususnya mereka yang tinggal di Belaga.

Kedatangan delegasi ketua masyarakat di daerah Belaga yang mengunjungi Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak bagi menyampaikan penghargaan mereka terhadap sumbangan Perdana Menteri ke atas penduduk Belaga.

Delegasi pemimpin masyarakat yang seramai 32 orang itu merangkumi tuan rumah, penghulu dan kaunselor yang diketuai Ahli Parlimen Ulu Rajang, YB Datuk Billy Abit Joo.

Mereka lebih senang berjumpa sendiri dengan Perdana Menteri bagi menyampaikan ucapan terima kasih yang tidak terhingga di atas kesanggupan Perdana Menteri turun ke daerah Belaga dan menyelesaikan masalah mereka. Daerah Belaga yang terletak di Bahagian Bintulu dan hanya boleh dihubungi dengan jalan darat yang menggunakan laluan kayu balak.

“Kami datang untuk ucap terima kasih kepada Perdana Menteri tentang projek-projek dan hadiah yang ditinggalkan beliau di Sungai Asap dan Belaga,” kata YB Datuk Billy Abit Joo.


Ini menunjukkan keprihatinan Perdana Menteri terhadap masyarakat terpencil di Sarawak.

“Beliau merupakan Perdana Menteri yang pertama turun padang, bukan sahaja di bandar dan luar bandar, tapi jauh di hulu seperti di Belaga”.

Kesungguhan Perdana Menteri yang mengumumkan pembinaan jambatan yang bagi menghubungkan kawasan yang diduduki masyarakat Penan yang jauh di pedalaman. Dato’ Sri Najib Tun Razak sebelum ini telah mengumumkan pembinaan beberapa projek termasuklah pembinaan jalan Belaga-Bakun sepanjang 37 kilometer, projek bekalan air dan pembinaan sebuah jambatan keluli pasang siap bernilai RM2.7 juta yang akan memanfaatkan sejumlah 28,000 penduduk di daerah Belaga.

Dalam lawatan Pakatan Pembangkang ke Belaga yang diketuai Baru Bian sebelum ini dengan lantang mengkritik kerajaan hanya dengan menggunakan air liur. Selepas menabur fitnah dan mengkritik kerajaan tanpa segan silu terus meninggalkan penduduk Belaga dengan tangan kosong.

Itulah yang sentiasa dilakukan oleh Pakatan Pembangkang apabila melakukan lawatan dan kempen politiknya di mana-mana kawasan di Sarawak.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

February 19, 2011 at 1:19 PM

bertuahlah rakyat

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger