PAS for ALL – PAKATAN PEMBANGKANG BERI TANAH?


Siapakah Taib Azamudin yang berjanji memberikan tanah kepada rakyat Sarawak? Datang ke Sarawak dan berjanji Pakatan Pembangkang akan beri tanah kepada rakyat Sarawak. Ini sebahagian gula-gula politik Pakatan Pembangkang.

Betul ke Pakatan Pembangkang di Kedah beri tanah kepada rakyat Kedah? Boleh beri maklumat lengkap tanah-tanah yang telah diberikan kepada rakyat Kedah. Kalau setakat berceramah dan berkempen kata beri tanah, semua kerajaan boleh buat.

Masuk saja rumah panjang di pedalaman, Pakatan Pembangkang akan ambil kesempatan secukupnya menaburkan fitnah. Mereka gunakan taktik ini disebabkan penduduk rumah panjang tidak pandai, kurang mendapatkan maklumat dan yang paling penting mudah ditipu dan dibohongi. Atas sebab itu, mereka balun kerajaan habis-habisan asalkan matlamat ‘perubahan’ mereka berjaya.


Kalau betul Pakatan Pembangkang beri tanah kepada rakyat, kenapa Kampung Buah Pala di Pulau Pinang dibiarkan diambil konsesi syarikat dan membiarkan penduduk Kampung Buah Pala kehilangan tanah yang telah mereka duduki selama ini? Kan PAS dan DAP sama dalam Pakatan Pembangkang, kenapa PAS tak boleh tolong?

Tiada kerajaan yang mahu meihat penduduknya hidup menderita kecuali kerajaan Pakatan Pembangkang di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.

Kerajaan Sarawak sedang dalam melakukan kerja-kerja penyukatan tanah-tanah di Sarawak. Kerja-kerja penyukatan tanah ini mengambil masa disebabkan keluasan Sarawak yang sama besar dengan Semenanjung Malaysia. Kos juga perlu diambil perhatian dalam mempercepatkan lagi kerja-kerja penyukatan tanah.

Dakwaan Kerajaan Sarawak merampas tanah rakyat adalah suatu fitnah yang paling besar telah dilakukan PAS. Sebelum membuat fitnah adalah lebih baik PAS dok belek akhbar dan lihat apa yang dibuat Kerajaan Sarawak.

Tak usah masuk campur hal rakyat Sarawak. PAS jaga saja Kedah yang diberitakan akan diambil alih BN pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Kita di Sarawak hidup aman makmur. Jangan masuk campur urusan kami di sini.  Lebih baik jaga negeri sendiri. Ingat, orang Sarawak tidak mahu dijajah Pakatan Pembangkang. Cukup sudah apa yang berlaku kat Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.

Pemerintahan Pakatan Pembangkang bersifat menghakis dan lebih teruk daripada pemerintahan bekas Presiden Mesir Hosni Mubarak.
Share this article :
 

+ comments + 2 comments

February 18, 2011 at 8:44 AM

Assalam Bro

Siapa dia Taib Azamuddin? Itu bekas imam besar dan yang tahu segala kes Anwar Ibrahim. Biasalah ulamak PAS mana yang tak menipu dan cakap tak serupa bikin. Fitnah memang mainan politik mereka. Dia ingat tanah kat Sarawak tu bapak dia yang punya. Mereka nak buat macam kat Perak bila mereka memerintah sekejap tu dengan beri pajakan tanah pada orang cina selama 999 tahun. Lama tu...

Anonymous
February 18, 2011 at 2:09 PM

Setakat cakap memang boleh... tapi bila dah menang percakapan itu macam tak wujud. Buat tak tahu saje.

Sekarang masa nak cakap dengan rakyat tentang perjuangan. Rakyat pun termakan pujuk rayu. Tapi bila dah jadi kerajaan, cakap pasal perjuangan rakyat pun mulut dah jadi berat.

Tengoklah Selangor dan Perak serta Pulau Pinang. Mana nak tunai janji-janji mereka PRU 12 dulu. Belum selesai tunai janji dah sibuk pasal Program 100 Hari.

Apa ke jadah Pakatan Pembangkang ni.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger