PAKATAN PEMBANGKANG ANJURKAN PROTES ALA MESIR AHAD INI

Perkhabaran kurang enak didengar apabila Pakatan Pembangkang akan mengadakan demontrasi secara besar-besaran di Padang Merdeka ala Mesir bagi mendesak Pehin Sri Taib Mahmud meletak jawatan.


Pakatan Pembangkang mengambil pendekatan ini ekoran kejayaan rakyat Mesir menggulingkan Presiden Mesir, Hosni Mubarak sehingga menyebabkan Mesir tersungkur dek ekonominya yang jatuh merudum.

Desakan dan suruhan Anwar Ibrahim tempoh hari dalam lawatan singkatnya ke Kuching yang meminta rakyat Sarawak berubah dan melakukan perkara yang sama seperti di Mesir. Anwar sebelum itu melabelkan Ketua Menteri Sarawak sama seperti Hosni Mubarak.

Kepimpinan Pakatan Pembangkang yang taksub dengan perjuangan Anwar Ibrahim dijangka telah mengatur strategi untuk melakukan demontrasi secara besar-besaran. Ini juga didalangi beberapa pemimpin Pakatan Pembangkang Pusat seperti Azmin Ali, Zuraidah Kamaruddin dan beberapa orang lagi.

Mengikut sumber SMS, demontrasi protes Ketua Menteri Sarawak akan diadakan di Padang Merdeka, Kuching pada 20 Februari 2011 (Ahad), jam 2.00 petang. SMS ini telah tersebar dengan banyaknya di kalangan rakyat Sarawak untuk menggalakkan mereka hadir dan menyertai demontrasi ini secara bersama.


Kesahihan SMS ini tidak perlu dipertikaikan memandangkan perbuatan sebegini amat sinonim dengan Pakatan Pembangkang. Pakatan Pembangkang sentiasa mengambil peluang di atas keharmonian dan suasana aman kehidupan masyarakat Sarawak.

Pembentangan ‘Kertas Putih’ yang diilhamkan Ketua Setiausaha Politik Sarawak perlu segera dilaksanakan kerana Pakatan Pembangkang akan menggunakan pendekatan keganasan setelah melihat kejayaan rakyat menggulingkan Presiden Mesir.

Langkah terakhir pastinya melarang pemimpin Pakatan Pembangkang ini dari datang ke Sarawak. Perlunya larangan ini bagi memastikan kesejahteraan dan keharmonian rakyat Sarawak secara berterusan. Diakui pemimpin Pakatan Pembangkang di Semenanjung gemar membuat kacau dan melakukan keganasan seperti yang mereka selalu lakukan di Dataran Merdeka dan semasa pilihan raya.

Wira Kenyalang mengingatkan rakyat Sarawak perbuatan seperti ini bukan sahaja merugikan diri sendiri bahkan juga keseluruhan rakyat Sarawak. Kita cintakan keamanan dan kedamaian, dan bukannya kehancuran.
Share this article :
 

+ comments + 7 comments

abang jamil
February 15, 2011 at 2:54 PM

tangkap aje kepala2 yang nak buat huru hara tu jangan sampai 20 feb baru nak tunggu..dah muak dengar dan tengok hal2 macam ni susahkan rakyat .

Pak Malau
February 15, 2011 at 10:30 PM

jangan buat kerja bodoh, banyak lagi kerja yang berfaedah yang patut dilakukan bukan demontrasi. ingatlah rakyat sarawak kedamaian kemakmuran dan keamanan bukan mudah di capai kalau sudah huru hara. jangan ikut hasrat pengkhianat negera

February 16, 2011 at 8:56 AM

usah terpengaruh dengan perkara yang sangatttt tidak sihat ini

February 18, 2011 at 8:53 AM

Assalam Bro

Itulah mainan politik mereka. Pada mereka itulah saja jalan bagi mereka nak tawan Putrajaya. Bagi mereka SPR korup, Polis korup, Hakim korup dan semua yang kerajaan buat untuk rakyat semuanya korup. Bagi saya merekalah yang korup macam ANJING KURAP.

Anonymous
February 20, 2011 at 9:12 AM

Binatang punya orang yg sebarkan sms tu..

Dia ingat, org kat malaysia ni hidup merempat dan suka kepada demo macam si peliwat tu nak?

Sorry!!!

Kalau nak demo, berambus dari malaysia/sarawak!!!

Anonymous
February 22, 2011 at 6:10 PM

Tak salah berdemo..kalau ada sebabnya.

Anonymous
March 6, 2011 at 12:44 PM

Ada untung ke berdemo untuk dia orang? Kata diadakan demo dan berjaya jatuhkan kerajaan....kepala kepala pembangkang hargai atau tidak semua orang yang berdemo tu? Yang pasti dia orang yang untuong besar....kita yang ikut sama tak pasal pasal dapat kecederaan, hilang kerja, yang berniaga....terjejas....Fikir cukup cukup...

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger