NIK AZIZ: ORANG ASLI = JAKUN, ORANG IBAN???


Keceluparan mulut Menteri Besar Nik Aziz yang memanggil kaum Orang Asli dengan panggilan ‘JAKUN’ bagi menggambarkan tindakan buruk Orang Asli.


Menjadi kelaziman masyarakat Orang Asli hidup di jauh pedalaman dan mempunyai budaya yang unik. Kebanyakan mereka ini menganut agama animisme. Walau bagaimanapun, Orang Asli ini tidak mempunyai kepentingan politik memandangkan mereka lebih gemar bersosial sesama sendiri. Pun begitu, kebajikan Orang Asli tidak terabai apabila kerajaan menubuhkan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) bagi membela nasib Orang Asli.

Bagaimanapun tindakan Nik Aziz memanggil Orang Asli sebagai JAKUN menunjukkan Mursyidul Am PAS itu telah menghina Orang Asli. Jawapan Nik Aziz yang menganggap beliau tidak mengetahui Jakun itu nama keturunan Orang Asli adalah sesuatu yang tidak dapat diterima. Apakah sepanjang hidupnya yang telah lebih setengah abad tidak mengetahui kewujudan Jakun itu sebagai nama keturunan Orang Asli? Mustahil dan sangat mustahil....

Andai perkataan JAKUN ini telah mengecilkan hati Orang Asli, apakah pula panggilan Nik Aziz ke atas kaum Iban, Bidayuh, Melanau dan Orang Ulu di Sarawak? Harus diingat bahawa tindakan Nik Aziz ini juga boleh berlaku ke atas Bumiputera Sarawak seperti mana yang dilakukan Hadi Awang dahulu.


Seingat dahulu, Presiden PAS Hadi Awang selepas Pilihan Raya Kecil Batang Air telah mengeluarkan kenyataan bahawa “Mereka Ini Tak Reti Undi, Pakai Cawat Lagi”. Ini merujuk kepada pengundi-pengundi Iban yang telah mengundi, tetapi masih menyebabkan Pakatan Pembangkang. Sebabnya mereka ini pakai cawat.

Apakah selepas ini kaum Iban, Bidayuh, Melanau dan Orang Ulu akan terus menyokong Pakatan Pembangkang walaupun sebelum ini telah dengan jelas menghina kamu? Mencarutnya Nik Aziz adalah sesuatu yang tidak diterima rakyat. Apakah pengikut-pengikutnya akan membuat perkara yang sama. Adalah tidak mustahil kerana menjadi tabiat pengikut PAS yang taksub dengan Nik Aziz akan terus mengikut jejaknya dan membuat perkara yang sama dilakukannya.  
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

February 15, 2011 at 12:15 AM

MANTAP ARTIKEL BRO ... INILAH SEBENARNYA WAJAH PEMBANGKANG! TIDAK KIRA SIAPA SEKALIPUN, CACI MAKI ADALAH PENCUCI MULUT MEREKA.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger