MELAYU SARAWAK TERPECAH DISEBABKAN FAHAMAN POLITIK???



Kisah orang Melayu di Malaysia, samada di Semenanjung Malaysia mahupun di Sabah dan Sarawak sememangnya unik. Bermula dari sejarah kemunculan orang Melayu sehinggalah perkembangan orang Melayu dalam dunia moden sekarang.

Bagaimanapun, perkembangan masyarakat Melayu ketika ini sangat meruncing hanya disebabkan fahaman politik. Apakah ini benar?

Secara jelas seperti yang selalu disarankan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang kerap bercakap dan memperjuangkan orang Melayu. UMNO, parti politik yang berteraskan orang Melayu juga sentiasa memperjuangkan kepentingan masyarakat Melayu. Namun, apakah PAS yang hampir kebanyakkannya orang Melayu memperjuangkan orang Melayu? Juga, PKR yang kepimpinan tertingginya terdiri daripada orang Melayu memperjuang agenda orang Melayu?

Di Semenanjung, orang Melayunya berpecah kepada 3 haluan, iaitu bersama UMNO, bersama PKR dan bersama PAS. Perpecahan haluan ini menyebabkan orang Melayu lemah dan ini memberi peluang ke atas orang lain mengambil kesempatan ke atas mereka.

Di Sarawak, masyarakat Melayunya adalah minoriti yang hanya merangkumi 28 pertus sahaja berbanding masyarakat Bumiputera lain. Namun, keunikan Sarawak, kepimpinan orang Melayu diterima baik oleh masyarakat Bumiputera lain di Sarawak.

Namun, sejak kedatangan parti Pakatan Pembangkang ke Sarawak dan membawa budaya benci sesama masyarakat menyebabkan penghormatan sesama masyarakat kian terhakis. Bagi PAS dan PKR agenda politiknya tidak sedikitpun menyentuh mengenai kepentingan orang Melayu sebaliknya lebih berkisar kepada individu.

PKR lebih mengutamakan kepentingan politik Anwar Ibrahim yang mahukan jawatan Perdana Menteri dan Baru Bian sebagai Ketua Menteri Sarawak. PAS pula sentiasa melaung-laungkan perjuangan Nik Aziz berbanding Presiden PAS sendiri, Hadi Awang.

Justeru, masyarakat Melayu di Sarawak disaran bersatu bagi mengekalkan momentum perjuangan Melayu yang sentiasa dikenali sebagai pejuang keamanan dan kemerdekaan negeri Sarawak. Bersama dengan masyarakat Bumiputera yang selama ini telah hidup aman dan damai.

Kita nikmati kehidupan aman dan damai ini di bawah Gagasan 1Malaysia selaras dengan matlamat kerajaan untuk menjadikan Sarawak negeri maju menjelang tahun 2030.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger