MAHASISWA UPM TIDAK MATANG DAN CEMARKAN NAMA BAIK UNIVERSITI!!!



Kecoh tatkala sekumpulan mahasiswa mengadakan demonstrasi di hadapan pintu masuk utama Bangunan Pentadbiran Universiti Putra Malaysia (UPM). Demontrasi berterusan itu telah menyebabkan kemusnahan pintu masuk ke bangunan Timbalan Naib Canselor. Kemusnahan pintu masuk itu telah menyebabkan kecederaan beberapa pengawal keselamatan yang tidak terlibat cedera dan beberapa orang mahasiswa.

Kekecohan mahasiswa tercetus ekoran bantahan mereka berhubung dengan keputusan pemilihan majlis Perwakilan Pelajar (MPP) ditolak. Tindakan mahasiswa itu menunjukkan ketidakmatangan mereka sebagai golongan terpelajar.

Apakah mahasiswa ini datang ke universiti untuk menuntut ilmu atau berpolitik? Gelagat dan perbuatan sekumpulan mahasiswa ini mengadakan demontrasi bukan sekadar memalukan golongan mahasiswa secara keseluruhannya bahkan secara langsung mencemar nama baik mahasiswa dan universiti.

Walaupun sesetengah masyarakat melihat demontrasi itu sebahagian daripada proses membentuk kematangan, namun ia memperlihatkan perkembangan tidak sihat apabila melibatkan keganasan. Apakah budaya Malaysia dan agama Islam bersetuju dengan perlakuan keganasan? Jawapannya pasti TIDAK.

Tindakan TNC UPM yang menyerahkan kes itu kepada polis dianggap sebagai jalan terbaik. Ini disebabkan pihak universiti hanya akan dapat menghukum pelajar tersebut hanya dengan menggantung pengajian atau membuang universiti. Namun, sekiranya kes itu disiasat polis, maka sewajarnya mahasiswa yang terlibat ini boleh dikenakan hukuman lebih berat.

Melihat kepada perkara yang berlaku ini adalah tidak mustahil terdapat campur tangan daripada anasir-anasir jahat yang sememangnya gemar dengan perkara seperti ini. Dan, tidak berkemungkinan juga ada campur tangan daripada pelajar-pelajar universiti lain yang simpati dengan perjuangan sempit mereka.

Harus diingat bahawa tujuan ibu bapa menghantar anak-anaknya ke universiti adalah untuk mengaut seberapa banyak ilmu demi untuk masa depan dan bukannya terlibat dalam politik yang mampu merosakkan minda pelajar. 

Share this article :
 

+ comments + 1 comments

liyana
February 25, 2011 at 5:46 PM

betul..byk campur tgn ipt lain..proM upm xkuat mne...kalah ari tu pon kalah sgt teruk suku kerusi pon xlps..bukti stdnt upm xramai sokong pjuangan mereka...
klu diorg xpuas ati, xramai ambil tahu.. tetiba rmai pulak..dr mnakah dtg nye?

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger