KUASAI ALAM SIBER: SIAPA BIJAK DIA MENANG.


Suatu ketika peranan alam siber dipandang remeh oleh pemimpin-pemimpin politik BN mahupun ahli-ahli politik BN. Kesempatan itu digunakan sebaik-baiknya Pakatan Pembangkang dalam menyampaikan dakyah dan propaganda mereka.

BN yang ketika itu terlalu mengharapkan media-media tradisional dan moden untuk menyampaikan maklumat dan dasar-dasar kerajaan. BN juga sangat sinonim dengan penguasaan terhadap media cetak dan media elektronik sehingga mengabaikan kepentingan media baru yang ketika itu baru sahaja mula tumbuh.

Ini diperjelaskan dengan kenyataan mantan Menteri Penerangan, Zainuddin Maidin yang menyifatkan pemblog (bloggers) sebagai goblok yang hanya seronok menulis untuk bacaan sendiri dan sebagai meluah pandangan sendiri.

Sebagai Menteri Penerangan ketika itu, Zainuddin Maidin menganggap bahawa media arus perdana tetap mempunyai kuasa mutlak kepada majoriti rakyat. Pemikiran singkat sehingga menganggap bloggers ini merupakan mereka yang terdiri daripada golongan penipu, penulis upahan dan desperado yang menulis bukan kerana kebenaran, tetapi untuk kepentingan peribadi.

Pada ketika Pakatan Pembangkang giat melancarkan serangan bertubi-tubi ke atas BN menerusi blog, pemimpin BN ketika itu hanya sibuk mengecam, mengkritik dan mengutuk bloggers.

Kesannya, Zainuddin Maidin yang turut bertanding dalam PRU-12 telah mengalami kekalahan dek kerana tekanan bloggers. Adakah ia disebabkan kegagalan membaca angin perubahan yang dimainkan bloggers dalam dunia internet? Tepuk dada tanya diri sendiri.

Perubahan ini ternyata membuka banyak pihak bahawa kuasa media baru ternyata mempunyai bahananya tersendiri. Atas sebab itu, pemimpin BN yang diketuai Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak telah mempelopori pemimpin-pemimpin BN lain untuk memiliki dan mengaktifkan laman blog, facebook dan twitter.

Ketika Perdana Menteri meraikan teman-teman media sosialnya dalam sesi minum petang, tanpa segan silu bahkan gembira bahawa beliau kini mempunyai teman-teman facebook berjumlah 560,000 ++ dan rakan twitternya berjumlah 80,000++. Dalam kesibukan masanya, Perdana Menteri masih mempunyai kesempatan berfacebook dan bertwitter dengan teman-temannya dalam perjalanan ke pejabat. Itulah Perdana Menteri berjiwa rakyat.

Selain mempunyai facebook dan twitter, Perdana Menteri juga mempunyai laman blognya sendiri yang dipanggil 1Malaysia. Laman blog digunakan sepenuhnya untuk menjawab persoalan selain menyiarkan ucapan-ucapannya semasa menghadiri sidang, seminar, ceramah dan sebagainya. Keterbukaan Perdana Menteri dalam media sosial menunjukkan beliau sangat prihatin terhadap keperluan teknologi masa kini dan memahami asprisai anak-anak muda.

Dek kerana pukulan Rocky Bru yang memfitnah Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim dengan dakwaan yang di luar pemikiran manusia, beliau tanpa segan silu telah meminta bantuan ‘bloggers nyamuk’ untuk memperbetulkan keadaan. Kesanggupan bloggers nyamuk yang berada di pihak yang benar telah berjaya mengurangkan tekanan yang dihidapi Rais Yatim dalam mengharungi dakwaan tersebut. Alhamdulillah...


Pada ketika Pilihan Raya DUN Sarawak yang akan diadakan tidak lama lagi, bloggers Sarawak juga tidak ketinggalan dalam terlibat bersama mengharungi alam siber ini. Suatu ketika, bloggers propembangkang Sarawak mengatasi bloggers prokerajaan. Tetapi, kini keadaannya telah jauh berubah atas kesedaran bahawa alam siber ini perlu digunakan sepenuhnya berlandaskan kebenaran. Kebenaran sentiasa terserlah.

Dalam kancah politik, bloggers Pakatan Pembangkang yang suatu ketika menguasai alam siber kini nampaknya semakin hari semakin malap. Manakan tidak, dahulu merekalah juara pembohong, juara pemfitnah dan juara segala juara. Hari ini, keadaan ini jauh berubah. Rakyat sekarang juga telah semakin sedar mengenai yang mana satu benar dan yang mana satu bohong.

Kebenaran terutama dalam menyebarkan dasar-dasar kerajaan membuktikan bloggers prokerajaan ketika ini sedang mendahului bloggers propembangkang. Tidak hanya dasar-dasar kerajaan bahkan juga penyebaran isu semasa yang tidak terdapat dalam akhbar dan media elektronik membuatkan blog sentiasa menjadi perhatian. Pendek kata, maklumat eksklusif sentiasa dinantikan pembaca.


Politik bukan hanya mempertemukan ahli politik dan ahli politik, tetapi juga bloggers prokerajaan dan bloggers propembangkang. Siapa yang kuasainya, dialah yang menang... 
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

February 22, 2011 at 2:34 PM

salam kepada semua blogger sarawak.

Panglima telah buat list blogger sarawak di blog Panglima http://penembak-tepat.blogspot.com dan meminta disenaraikan di blog2 BPN dan rakan blogger yg lain.

tq

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger