KEMATIAN BENG HOCK DIJADIKAN AGENDA POLITIK PEMBANGKANG


Pemulauan prosiding Suruhanjaya Untuk Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock disifatkan sebagai satu agenda politik bagi tujuan menjadikannya sebagai isu politik dalam Pilihan Raya Umum ke-13 yang akan datang. Itulah agenda utama Pakatan Pembangkang.

Pembangkang yang menjadi penasihat kepada keluarga mendiang menasihatkan keluarga Teoh Beng Hock melengah-lengahkan prosiding tersebut.

Matlamat pembangkang adalah untuk menampakkan kerajaan seolah-olah tidak berusaha untuk mencari kebenaran atas kematian Beng Hock. Dan, dalam masa yang sama pembangkang mahu kes Beng Hock ini dijadikan isu dalam pilihan raya umum akan datang.

Pembangkang juga cuba untuk menampakkan kerajaan tidak berbuat sesuatu untuk mencari kebenaran atas punca kematian mendiang sehingga pilihan raya akan datang.

Terdahulu, Karpal Singh selaku penguambela keluarga Beng Hock telah menarik daripada menyertai prosiding itu itu selepas permohonan pihaknya agar Tan Sri James Foong Cheng Yuen menarik diri sebagai pengerusi suruhanjaya serta permohonan penangguhan prosiding ditolak.

Tindakan keluarga Beng Hock ini telah merencatkan prosiding penyelesaian kes kematian Beng Hock. Keputusan kerajaan menubuhkan suruhanjaya itu adalah atas permintaan keluarga mendiang, justeru mereka sepatutnya memberi peluang kepada suruhanjaya berkenaan menjalankan tanggungjawab yang telah ditetapkan. Kini, tindakan keluarga Beng Hock telah membuatkan prosiding perbicaraan Beng Hock ini tergendala.

Persoalan lain, bagaimana pula perkembangan kes perlanggaran yang mengakibatkan kematian seorang pemuda Melayu oleh Ahli Parlimen Batu, Tian Chua?


Kes Beng Hock sentiasa menarik perhatian umum berikutan tindakan Pakatan Pembangkang yang menjadikan keluarga Beng Hock ini sebagai bahan uji kaji politik. Sejak hari kematiannya, kes Beng Hock ini sentiasa dijadikan bahan politik dalam usaha menjatuhkan kredibiliti kerajaan dan sistem perundangan negara.

Pakatan Pembangkang khasnya DAP dan PKR serta tidak terkecuali PAS juga membawa kes Beng Hock ini sebagai modal politik di Sarawak. Alasannya mudah untuk menarik sokongan masyarakat Cina. Bagaimanapun, kebanyakan masyarakat Bumiputera Sarawak tidak termakan dengan modal politik Pakatan Pembangkang ini yang dianggap tidak relevan di Sarawak. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger