Wednesday, February 16, 2011

Baru Bian bukan sahaja popular sebagai Ketua Perhubungan PKR Sarawak bahkan juga terkenal sebagai peguambela tanah. Sebut sahaja kes tanah di Sarawak, pasti peguambelanya ialah Baru Bian. Peguambela tanah lain pastinya menggigit jari atau syarikat mereka terpaksa gulung tikar....


Perlantikan Baru Bian menjadi Ketua Perhubungan PKR Sarawak bagi menggantikan Mustaffa Kamil Ayub sebelum ini bukan sahaja mengembalikan kepercayaan kepada rakyat tempatan bahkan memberi ruang kepada Baru Bian untuk mendapatkan lebih banyak keuntungan melalui syarikat guamannya Messrs Baru Bian.

Pernah suatu ketika sewaktu dilantik sebagai Ketua Perhubungan PKR Sarawak, beliau pernah memberitahu ingin membuka lebih banyak pejabat dan membuatkan kewujudan PKR lebih dirasai, khususnya di bandar-bandar utama.

Dan kini, hasratnya hendak menubuhkan lebih banyak cawangan PKR di Sarawak semakin berjaya dan dalam masa yang sama, lebih ramai pemilik tanah NCR meminta pertolongan Baru Bian mewakili mereka di mahkamah. Pastinya, ia akan memberi pulangan yang lumayan kepada Baru Bian. Berapa jumlahnya, tak perlulah diberitahu kerana setiap bayaran yang dikenakan adalah 30 hingga 40 peratus daripada jumlah keseluruhan atau yang mana lebih tinggi.


Terbaru, perasmian cawangan PKR Lawas dan Limbang telah disempurnakan Baru Bian. Kejayaan Baru Bian membuka cawangan PKR di Lawas dan Limbang disebabkan potensinya yang sangat luar biasa. Difahamkan banyak masalah berhubung isu tanah berlaku di bahagian Utara Sarawak. Ini pastinya memberi ruang kepada Baru Bian untuk terus meraih dan menjana pendapatan lumayan memandangkan rakyat di situ akan terus merujuk kepada Baru Bian berbanding Jabatan Tanah dan Survei Sarawak.


Mereka yang termakan pujuk rayu PKR

Di sebalik membuka banyak cawangan PKR, Baru Bian juga menyebarkan dakyah pembohongan dan fitnah ke atas usaha kerajaan menyelesaikan tanah rakyat. Dakyah ini kononnya rakyat Sarawak perlukan perubahan dan Pakatan Pembangkang dapat menyelesaikan tanah dalam masa 100 hari. Taktik ini berjaya menarik perhatian pemilik tanah untuk terus meminta Baru Bian mewakili mereka dan mengheret kerajaan ke mahkamah.

Kejayaan Baru Bian memperjuangkan kes tanah NCR tidak dapat dipastikan, sama ada perjuangan beliau ini dilihat sebagai perjuangan rakyat atau profesion perniagaan untuk mendapatkan keuntungan. Bayangkan jika jumlah kes banyak pastinya menjanjikan pulangan yang cukup lumayan kepada Baru Bian. Kayo Baru Bian kayo .....
Categories: ,

0 comments:

Post a Comment

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!