DEMI KUASA PAKATAN PEMBANGKANG SANGGUP BERBOHONG



Sepanjang pemerintahannya selama 30 tahun sebagai Ketua Meteri Sarawak, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud cukup matang dan mengetahui selok belok sesiapa yang berbohong. Ini terbukti, disebabkan kebijaksanaan Pehin Sri Taib memilih dan menapis calon wakil rakyat BN dalam pilihan raya sehingga kini Sarawak masih terus ditadbir BN.

Gelaran Sarawak sebagai ‘fix deposit’ dalam BN membuktikan aspek kepercayaan sangat penting. Dalam mengekalkan momentum Sarawak sebagai fix deposit, kepercayaan dan sikap jujur setiap wakil rakyat perlu ada. Malah, intergriti sebagai wakil rakyat ini perlu ada dalam memastikan tanggungjawab dan peranan yang diamanahkan sentiasa dilaksanakan. 

Perkara ini tidak hanya kepada BN Sarawak, tetapi juga kepada Pakatan Pembangkang. Bagaimanapun, istilah bohong ini tidak ada dalam kamus mereka kerana setiap apa yang diungkapkan dan dipercakapkan semuanya benar walaupun sebesar zarah.

Bercakap mengenai bohong, Pehin Sri Taib telah mengklasifikasikan bohong kepada tiga jenis; bohong bergurau, bohong untuk mendapatkan perhatian dan bohong bertujuan memecahbelahkan rakyat.


Banyak-banyak bohong, bohong bertujuan memecahbelahkan rakyat adalah yang paling teruk dan sangat dipandang hina. Manakan tidak, sanggup berbohong demi untuk mendapat atau mencapai sesuatu dan dalam masa yang sama telah dapat memecahbelakan rakyat. Asalakan agenda politiknya tercapai maka kesannya biarlah rakyat yang tanggung.

Inilah yang berlaku ke atas Pakatan Pembangkang. Sentiasa berbohong walaupun hakikatnya mereka tidak mampu untuk melakukannya.

“Pembangkang memang banyak berbohong kepada rakyat. Janji itu ini, konon kalau berkuasa akan menabur duit. Bukan mudah, sedangkan kerajaan tidak dapat melakukan sebegitu. Apa lagi mereka,” tegas Taib.

Dalam bahasa Sarawak bohong ini dipanggil ‘bulak’. Pembohong dipanggil ‘pembulak’. Dalam budaya orang Melayu Sarawak, pembulak atau pembohong ini diklasifikasikan sebagai perbuatan yang sangat keji dan tidak bermoral serta tidak mempunyai harga diri.

Itulah yang boleh digambarkan mengenai Pakatan Pembangkang di Sarawak yang dianggap sebagai pembulak. 
Share this article :
 

+ comments + 2 comments

Anonymous
February 20, 2011 at 9:38 AM

Apa kategori pembohongan pun tidak boleh diterima. Fullstop.

Anonymous
March 25, 2011 at 12:03 AM

aduyai, yg di bongkarkan dalam saluran 501 astro awani edisi khas smpena plhnrya SRWK TUH APA?jnji YB nk perbaiki jalan raya tp tak di perbaiki juga.. dh byk kali pilhnraya.. janji yg sama nk perbaiki sistem jln raya.. tp tak buat2 jugak.. TU DI PANGGIL PE YE? kan dh kena batang hidung sndiri.. YB BN PENIPU!!! jANJI TINGGAL JANJI..

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger