DAKWAAN PAKATAN PEMBANGKANG KARUT MARUT –KETUA MENTERI SARAWAK

Perubahan untuk menukar kepimpinan dan kerajaan yang diperdagangkan Pakatan Pembangkang dengan mendakwa Ketua Menteri Sarawak merupakan orang terkaya di Malaysia.

Dalam setiap aktiviti fitnahnya, Pakatan Pembangkang tanpa fakta telah mendakwa Ketua Menteri Sarawak merupakan orang terkaya di Malaysia.

Bagaimanapun, senarai orang terkaya sudah pun keluar dan didapati TIADA nama Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dalam kelompok itu. Jadi, di manakah Pakatan Pembangkang mendapat fakta yang menyatakan Ketua Menteri Sarawak mahupun kaum kerabatnya sebagai orang terkaya di Malaysia?


Dalam senarai orang terkaya di Malaysia, orang Cina, Tan Sri Robert Kuok masih menduduki takhta pertama dan diikuti orang India, Tan Sri T Ananda Krishnan. Di manakah orang Melayu mahupun Bumiputera? Belek punya belek cuma ada 3 orang sahaja daripada 20 orang yang tersenarai, selebihnya orang Cina dan India.

Sebelum ini, laman web Sarawakreport kerap kali menyiarkan kekayaan Ketua Menteri Sarawak dan kerabatnya hingga menyebabkan siapa yang membacanya pasti terdapat keraguan dalam penulisan artikelnya.

Menjadi adat dan budaya Pakatan Pembangkang yang sentiasa memutar dan menambahkan fakta sebenar bagi meminta rakyat Sarawak membenci Ketua Menteri Sarawak.

Sepanjang pemerintahan Datik Seri Mohd Najib Tun Razak yang bertunjangkan Gagasan 1Malaysia, para usahawan yang terkaya di Malaysia ini secara keseluruhannya meningkat sebanyak 30 peratus. Peningkatan ini berkait rapat dengan pasaran dan ekonomi Malaysia yang aktif dan berkembang maju.

Menurut majalah Malaysian Business terbitan 16 Februari itu, jumlah kekayaan terkumpul mereka pada 21 Januari tahun ini RM206.27 bilion berbanding RM156.7 bilion setahun lalu.


Di samping peningkatan peratusan ekonomi, senarai rakyat Malaysia yang tergolong dalam pendapatan ‘billionaire’ telah meningkat kepada 27 orang, iaitu lima orang lebih ramai berbanding tahun lalu.

Mereka adalah Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, Tan Sri Azman Hashim dan Datuk Mokhzani Mahathir.

Melihat kepada perkembangan positif ini, ekonomi Malaysia yang diunjurkan berkembang kepada 6.5 peratus menunjukkan aliran ekonomi Malaysia di bawah kedudukan yang betul. Sememangnya fakta ini boleh menutup tohmaan Pakatan Pembangkang khususnya PAS yang sering mendakwa ekonomi Malaysia tidak stabil.

Ini sekaligus juga menghakis dakyah Pakatan Pembangkang yang mendakwa Ketua Menteri Sarawak telah mengaut kekayaan Sarawak hingga menjadi orang terkaya di Malaysia.

Dalam hal ini, Pakatan Pembangkang digesa untuk tidak lagi mempertaruhkan fitnah sebagai landasan untuk menagih simpati dan mendapat sokongan. Rakyat sekarang sedar, siapa intan dan siapa kaca. 
Share this article :
 

+ comments + 2 comments

February 18, 2011 at 3:26 PM

Assalam Bro

Kalau tak fitnah bukan Pembangkang (PAS,DAP,PKR)semua kaki pusing

February 18, 2011 at 3:31 PM

adakah semua kekayaan ini perlu di istiharkan kepada kerajaan?

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger