BN-PBB SUDAH MUKTAMADKAN CALON, TUNGGU MASA DIUMUMKAN SAHAJA



PBB sudahpun mengenal pasti calon yang bakal membawa cabaran BN-PBB dalam Pilihan Raya DUN Sarawak yang akan diadakan pada bila-bila masa sahaja.

Tidak dinafikan ada diantara penyandang-penyandang sekarang akan diketepikan bagi memberi ruang dan peluang kepada calon baru bagi menyahut suara-suara rakyat. Tindakan ini diambil bagi memenuhi hasrat rakyat yang mahukan calon yang lebih dinamik dan memenuhi hasrat rakyat.

Sebagai parti pemerintah, BN sentiasa mengutamakan rakyat dan ini termasuklah dalam mengetengahkan calon pilihan rakyat.

Pemilihan akhir calon yang bakal bertanding sudah dilakukan malah ada beberapa kerusi milik PBB yang menyenaraikan beberapa orang calon sudahpun dikenal pasti dan akan diumumkan sebelum penamaan calon nanti.

Daripada 71 kerusi DUN Sarawak, PBB telah diperuntukkan sebanyak 35 kerusi. Dalam Pilihan Raya DUN Sarawak 2006, PBB telah berjaya mencatat rekod 100 peratus kemenangan dan akan berusaha mengekalkan tradisi itu bagi menjayakan aspirasi rakyat.

Begitupun, selagi belum diadakan pilihan raya, spekulasi calon di setiap kawasan DUN sentiasa menjadi sebutan dikedai-kedai kopi mahupun semasa kenduri kahwin.

Dalam negeri demokrasi, setiap rakyat dibenarkan untuk bercakap mengenai pilihan raya dan calon kegemaran mereka. Begitupun keputusan akhir terletak di tangan Presiden parti.

Di DUN Beting Maro, kelibat beberapa penduduk tempatan membawa sepanduk masing-masing dengan tulisan, ‘Kami Menyokong Mohd Eden bin Muhamad Ali’ sebagai calon N.24 Beting Maro. DUN Beting Maro disandang YB Datuk Bolhassan Di.

Sebelum itu, kedengaran juga desas-desus penyandang YB Datuk Bolhassan Di akan dicalonkan semula pada Pilihan Raya DUN Sarawak akan datang. Bagaimanapun, segala keputusan muktamad akan hanya diketahui Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.   

Ketika ini PAS dikatakan berminat dan akan bertanding di DUN Beting Maro bagi menentang calon BN. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger