ANWAR SESUMPAH HINA BATIK MALAYSIA!!!

Anwar Ibrahim dan Sesumpah sangat sinonim dan tidak dapat dipisahkan lagi. Seperti yang telah dilakukannya di Semenanjung Malaysia dan Sabah serta Sarawak.


Terdahulu Anwar dalam setiap kempen politiknya di Semenanjung memberikan jaminan kepada orang Melayu bahawa Perdana Menteri akan tetap disandang orang Melayu dan calonnya pastinya Anwar sendiri. Demikian pula dengan kaum Cina yang dijanjikan jawatan Timbalan Perdana Menteri. Jawatan itu tidak tertakluk kepada orang Melayu sahaja. Bagi orang India pula, Anwar menjanjikan langit dan bumi kepada mereka bagi meningkatkan taraf hidup mereka.

Di Sarawak dan Sabah sedikit berbeza tetapi banyak persamaan. Semasa Pilihan Raya Kecil N.29 Batang Air, Anwar yang berkempen di rumah-rumah panjang telah berjanji akan melantik kaum Iban sebagai Ketua Menteri Sarawak. Apabila berada di kawasan Melayu, Cina dan Orang Ulu mereka juga dijanjikan jawatan Ketua Menteri. Andai ini berlaku maka Sarawak akan mempunyai 4 orang Ketua Menteri. Jika begitu pastinya Sarawak akan huru-hara.

Melihat kepada sistem pentadbiran Pulau Pinang yang ketika ini kacau bilau semenjak Pakatan Pembangkang menguasai negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu. Menteri Besarnya, Lim Guan Eng yang berasal dari Melaka dan memerintah Pulau Pinang telah mewujudkan 2 jawatan Timbalan Ketua Menteri.

Terbaru, sikap jelek Anwar Ibrahim ini sekali lagi telah berjaya dihidu oleh rakyat Malaysia walaupun ianya berlaku di luar negara. Walaupun perkara atau kejadian ini nampak kecil namun ia memberi persepsi yang tidak baik kepada industri negara. Sewaktu Festival Salihara Ketiga di Jakarta, Anwar telah dan secara terang-terangan menghina dan memperlekehkan batik Malaysia.


Bersempena dengan Festival Salihara Ketiga itu, Anwar telah diminta untuk memberikan ucapannya dengan tajuknya Kebebasan dan Musuh-Musuhnya. Pada ketika hubungan Malaysia – Indonesia sedikit tegang, Anwar bijak dengan mengeksploitasikan hubungan ini demi meraih sokongan politik Indonesia. Tujuannya mudah sahaja, iaitu hendak menyelamatkan diri daripada perbicaraan kes liwat dan kedua membantu menjayakan hasratnya untuk menjadi Perdana Menteri.

Untuk itu, Anwar tanpa segan silu mengungkapkan kata-kata hina terhadap batik Malaysia, Mahu pakai batik Indonesia dikatakan saya anti-nasional. Mahu pakai batik Malaysia, orang Indonesia bilang jelek. Sebab ciri keseniannya itu cukup rendah dan saya setuju. Tetapi saya tidak mahu sebut di Malaysia. jadi akhirnya saya memilih batik Afrika.’’

Kata-kata sinis Anwar itu terhadap batik Malaysia telah mendapat tepukan gemuruh dan sorakan daripada hadirin yang kebanyakan rakyat Indonesia dan pengunjung luar negara. Tindakan Anwar yang merendah-rendahkan batik Malaysia bukan sahaja menyebabkan tanggapan masyarakat luar negara berbeza malah secara langsung ‘membunuh’ industri batik Malaysia yang mengeksport perniagaan tersebut. Apakah maknanya kepada pereka, pengusaha batik dan puluhan ribu orang yang bekerja dalam industri tersebut termasuk di luar bandar?
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger